CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1166|Reply: 3

[Tempatan] Guna duit belanja sekolah beli vape, shisha

[Copy link]
Post time 29-5-2019 12:59 PM | Show all posts |Read mode

KETUA Polis Pulau Pinang, Datuk T. Narenasagaran bersama-sama pegawai Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan pelajar sekolah semasa kempen anti merokok di SMK St. Xavier, Georgetown, Pulau Pinang. - UTUSAN ONLINE


PULAU PINANG 28 Mei - Tipu mahu beli buku rujukan, tetapi guna duit untuk beli vape.

Itu antara yang dikesan dilakukan pelajar sekolah di negeri ini yang sanggup berhabis antara RM50 hingga RM60 sebulan untuk membeli rokok elektronik (e-rokok) atau vape.

Malah, ada pelajar yang berkongsi duit belanja serta duit aktiviti sekolah sesama mereka untuk membeli cecair e-rokok dan bergilir-gilir menghisapnya hanya dalam tempoh dua hari.

Mendedahkan perkara itu, Pegawai Penyelidik Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), N.V. Subbarow berkata, situasi tersebut sangat membimbangkan apabila pelajar sekolah dan remaja yang menghisap vape boleh dilihat di mana-mana sahaja hari ini.

Katanya, ia juga menimbulkan persoalan bagaimana e-rokok dan vape itu boleh dibeli dengan mudah oleh pelajar sekolah dan dijual secara berleluasa seolah-olah tanpa pemantauan pihak berwajib.

“Ramai yang tidak tahu tetapi kesan menghisap e-rokok atau vape sama bahayanya dengan rokok biasa.

“Tiada bukti menyatakan e-rokok atau vape lebih selamat dan kandungan tar serta 6,000 bahan kimia di dalam sebatang rokok itu boleh mengurangkan enam minit kehidupan manusia,” katanya.

Beliau ditemui pemberita dalam program Kempen Anti Merokok sempena sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2019 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Xavier di sini baru-baru ini.

Program itu dirasmikan Ketua Polis negeri, Datuk T. Narenasagaran dan turut dihadiri Pemangku Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader.

Dalam masa sama, Subbarow turut melahirkan kebimbangan dengan fenomena murid sekolah membeli shisha dalam bentuk batang kecil.


SHISHA dalam bentuk batang kecil dengan perisa buah-buahan yang dijual pada harga RM10 kini menjadi kegilaan kanak-kanak dan dijual dengan bebas di kedai e-rokok dan vape di sekitar Pulau Pinang. - UTUSAN ONLINE


Katanya, shisha itu juga bebas dijual di kedai-kedai e-rokok dan vape pada harga hanya RM10 dan mempunyai sekurang-kurangnya enam perisa buah-buahan.
“Apa yang tidak diketahui kanak-kanak ini adalah rasa perisa itu bukan datang daripada buah-buahan sebenar, sebaliknya daripada bahan kimia.
“Ini mendedahkan mereka kepada risiko penyakit berbahaya seperti radang paru-paru dan kanser pada usia yang sangat muda,” katanya.


Dalam pada itu, Narenasagaran turut mendedahkan budaya menghisap e-rokok dan vape juga kini semakin menular dalam kalangan pelajar dan remaja perempuan.
Menurut beliau, antara faktor yang mendorong kepada perkara itu adalah kerana pengaruh rakan-rakan dan keluarga selain faktor ingin mencuba. – UTUSAN ONLINE



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2019 01:01 PM | Show all posts
Ruginya dik kalau korang buat perkara yang sia-sia di waktu persekolahan korang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2019 01:35 PM | Show all posts
Setiap generasi ada jer cara menghabiskan duit mak bapaknya. Budak sekarang beli vape.  Zaman Maideen dulu banyak beli cassette kat Pasar malam Petaling Street selepas bersukan di sekolah.

Mak bisinng , kita jawab ,"Nasib baik orang tak beli ganja!"
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2019 01:36 PM | Show all posts
aku dulu masa mula isap rokok umur 19 tahun pun gigil tangan...siap nyorok dlm toilet...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.113846 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list