CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5045|Reply: 2

[Edisi Fizik] Bagaimana Elektromagnet Terhasil?

[Copy link]
Post time 31-5-2021 08:01 AM | Show all posts |Read mode
Bagaimana Elektromagnet Terhasil?

Elektromagnet adalah sejenis magnet yang hanya mampu menghasilkan medan magnetnya apabila wujud arus elektrik. Apabila tiada arus elektrik yang mengalir, maka elektromagnet kehilangan sifat kemagnetannya. Anda mungkin sudah biasa atau sudah mempelajari mengenai elektromagnet semasa di sekolah menengah dalam subjek fizik. Baik, apa kata kita ulangkaji apa yang telah dipelajari dahulu?

Lihat rajah di bawah, ia mungkin kelihatan tidak asing bagi anda yang fokus semasa cikgu fizik mengajar tajuk Keelektromagnetan tingkatan 5:



Konsepnya mudah; apabila ada arus elektrik mengalir, medan magnet terhasil. Arah medan magnet boleh ditentukan dengan menggunakan Peraturan Genggaman Tangan Kanan dan Peraturan Tangan Kanan/Kiri Fleming. Itu sahaja! Sedar atau tidak, kita sedikit pun tidak didedahkan bagaimana sifat elektromagnet ini boleh wujud pada bahan pengalir yang membawa arus elektrik.

Tetapi ia mungkin adalah atas sebab yang baik.

Kerana pada peringkat ini, anda tidak didedahkan dengan konsep Kerelatifan. Kerelatifan adalah suatu teori oleh Albert Einstein yang menyatakan bahawa bagi pemerhati yang sedang statik, apabila ia melihat sesuatu objek sedang bergerak relatif kepadanya (relatif bermaksud berdasarkan perspektif si pemerhati. Jika pemerhati sedang memandu kereta pada kelajuan 120 bsj dan terdapat sebuah kereta yang dipandu pada kelajuan yang sama bergerak seiring dengannya, kereta tersebut tidak bergerak relatif kepadanya – meskipun kedua-dua mereka sedang bergerak), maka masa bagi objek tersebut berlalu lebih perlahan dan panjang objek tersebut menjadi lebih pendek.




Sejujurnya, konsep Kerelatifan adalah sesuatu yang abstrak. Anda mungkin mahu membaca artikel ini bagi memahami bagaimana teori tersebut diterbitkan.

Baik, sambung. Bayangkan terdapat sebatang pengalir logam yang  membawa arus elektrik. Arus elektrik hanyalah pergerakan elektron di dalam sesuatu bahan pengalir. Walaupun elektron-elektron di dalam pengalir sedang bergerak, jumlah atau ketumpatan elektron dan proton masih sama pada satu-satu isipadu. Maka, kita boleh menganggap ia sebagai bahan yang neutral di mana cas positif dan negatifnya berada pada keadaan keseimbangan dan saling membatalkan satu sama lain. Oleh sebab ini, pengalir tersebut tidak mempamerkan sebarang sifat kemagnetan



https://upload.wikimedia.org/

Namun, jika kita letakkan sebuah proton (kita namakan ia Si Proton dan ia bercas positif, sudah tentu), di sebelah pengalir logam tadi dan gerakkan ia selari dengan gerakan elektron (arus elektrik), daripada perspektif Si Proton tersebut, ia dan eletron-elektron tadi sedang statik, manakala proton-proton di dalam pengalir sedang bergerak relatif kepadanya. Hatta, menurut Kerelatifan, jarak antara proton-proton yang sedang bergerak ini menjadi pendek berbanding jarak antara elektron-elektron. Dengan itu, ketumpatan proton di dalam pengalir adalah lebih tinggi berbanding elektron, jadi, berlaku ketidakseimbangan cas; cas positif lebih banyak daripada cas negatif.

Hal ini menyebabkan bahan pengalir itu secara keseluruhannya bercas positif dan tidak lagi neutral (berdasarkan perspektif Si Proton). Cas yang sama, seperti kita tahu, menolak. Maka, daya tolakan yang dialami oleh Si Proton inilah yang kita anggap sebagai daya magnet. Sedangkan, ia hanyalah daya elektrik yang dilihat daripada perspektif berbeza!

Tetapi, apa-apa pun, daya elektrik dan daya magnet adalah dua daya yang sama yang disebut sebagai daya elektromagnet. Kita simpan tajuk itu untuk entri yang akan datang!

Artikel ini adalah berdasarkan sebuah video oleh Veritasium. Jika ayat yang panjang membosankan anda, tonton video di bawah untuk bantuan visual. Ciao!



Sumber:https://www.fiziklah.com

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2021 11:00 AM | Show all posts
good info..
aku hadap mende mende gini masa belajar sampai habis belajar...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2022 11:12 AM | Show all posts
mengimbau kenangan masa belajar bila baca artikel ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Peti Ais Baru
vanilla_vellPeti Ais Baru
Views : 19671 Replies : 97
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 201083 Replies : 4737
Jangan ketawa!
akuchentaJangan ketawa!
Views : 9992 Replies : 53
เว็บแทงบอลยูโร เดิมพันบอลยูโร สมัครแอดไลน์ @UFADEAL แทงบอลบนมือถือ บอลเต็ง ...
khawjaw67เว็บแทงบอลยูโร เดิมพ
Views : 0 Replies : 0
Ex Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
bottomproEx Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
Views : 91310 Replies : 633
แทงบอลยูโร เว็บแทงบอลยูโรอันดับ 1 สมัครแอดไลน์ @UFADEAL ฝากถอนระบบออโต้ ไม่...
khawjaw67แทงบอลยูโร เว็บแทงบอ
Views : 0 Replies : 0
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27226 Replies : 108
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 192315 Replies : 1713
Beza wasap status ikut level
chaconBeza wasap status ikut level
Views : 5101 Replies : 11
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73704 Replies : 323

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.061011 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list