CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1651|Reply: 3

Diane Downs, Pembunuh Anak Kandung Sendiri

[Copy link]
Post time 28-6-2021 09:29 PM | Show all posts |Read mode
Diane Downs, Pembunuh Anak Kandung Sendiri


Diane Downs.

Kes yang tidak dapat dipercayai ketika itu, Diane Downs yang cuba membunuh tiga anaknya telah menjadi berita tergempar di seluruh dunia. Selanjutnya, temu bual yang dilakukannya dengan wartawan menunjukkan betapa tiada perasaan dan tidak jujurnya dia tentang apa yang sudah berlaku. Siapa sangka bahawa seorang suri rumah Amerika yang menawan seperti Diane Downs akan membunuh tiga anaknya.

Diane yang berusia 27 tahun baru sahaja berpindah ke Oregon selepas penceraiannya. Hubungannya bersama kekasih sekolah menengahnya dan bekas suaminya iaitu Steve Downs semakin teruk, jadi dia mengambil ketiga-tiga anaknya dan berpindah dari rumah lama mereka di Arizona. Dia bekerja sebagai pegawai perkhidmatan pos di sebuah pekan kecik, dan semua orang mengenalinya.


Diane Downs bersama anaknya Stephen Daniel “Danny”, Cheryl Lynn dan Christie Ann.

Pada 19 Mei tahun 1983, Diane telah menembak ketiga-tiga anaknya. Ketika dia bergegas ke hospital, semua anaknya telah berlumuran darah. Cheryl, 7, disahkan meninggal dunia ketika sudah sampai ke hospital. Christie, 8, juga hampir mati namun masih sempat diselamatkan. Daniel, 3, pula mengalami luka pada tulang belakangnya dan lumpuh. Kemudian, ketika Christie pulih, dia mengalami strok.

Kisah pertama yang Diane katakan kepada pihak berkuasa adalah dia berhenti untuk menumpangkan lelaki yang tidak dikenali bersama ketiga-tiga anaknya yang tidur di tempat duduk belakang. Menurut Diane, lelaki itu menembak tiga anaknya, menembaknya di lengan, dan cuba merampas kunci darinya. Namun, Diane mengatakan bahawa dia melompat ke dalam kereta dan bergegas ke hospital.

Dalam temu bual, Diane kelihatan tenang dan bersedia. Dia tidak sekalipun menangis, dan pakar bedah masih ingat yang dia sering bercakap tentang keadaan kereta barunya. Apa yang lebih hairan, ibu manakah yang membawa anak-anaknya keluar larut malam di jalan yang terbengkalai, dan kemudian menghentikan kereta untuk melihat apa yang diinginkan oleh orang yang tidak dikenali?



Pada 28 Februari 1984, sembilan bulan selepas tembakan itu, Diane ditangkap dan didakwa dengan satu tuduhan pembunuhan dan dua tuduhan cubaan membunuh. Pendakwa berpendapat bahawa Diane telah menjalin hubungan dengan lelaki yang sudah berkahwin yang tidak menginginkan anak dan ini menjadi motif pembunuhannya. Semasa dia diadili pada bulan Mei 1984, dia hamil anak keempat bersama lelaki lain pula.

Sebelum menjalani hukuman seumur hidup ditambah 50 tahun lagi, Diane melahirkan seorang bayi perempuan yang dia namakan Amy Elizabeth. Bayi itu dibawa keluar negara dan diserahkan kepada ibu bapa angkat. Gadis itu kemudian dinamakan semula sebagai Rebecca “Becky” Babcock.



Tiga tahun setelah dijatuhkan hukuman, Diane melarikan diri dari penjara. Dia ditangkap seminggu kemudian, dan dipindahkan ke fasiliti yang lebih selamat. Namun, dia masih mencuba untuk melarikan diri sebanyak tiga kali. Oleh itu, dia ditolak dari pembebasan bersyarat pada tahun 2008 dan sekali lagi pada tahun 2010. Pada tahun 2021, dia akan layak untuk dibebaskan bersyarat lagi. Dia berpendapat COVID-19 semestinya menjadi faktor dalam penngadilan yang seterusnya.


Rebecca “Becky” Babcock.

Sementara Christie dan Daniel menjalani kehidupan secara rashia, Becky pula telah menulis sebuah buku dan berbicara tentang perasaannya terhadap ibu kandungnya, Diane Downs. Becky aktif di Facebook dan muncul dalam program televisyen iaitu 20/20. Kini, dia bekerja dengan anak-anak yang mempunyai masalah tingkah laku, dan mempunyai keluarga sendiri.

Sumber:https://plus.wiser.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2021 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian..
Pas bercerai kena jaga 3 org ank
Nak kawen lg pn sush..mgkn ada halangan
Kdg lelaki ni nk kt mak je...ank xnk
Bekas suami plak senang2 je kawen baru
Ye la...bawak diri dia sorg je kn
Pastu ramai gk yg lgsg tak amik tau hal ank2 dgn ex wife
Lelaki yg perangai sebegini memg berani
Sbb dh tempah ticket ke neraka siap2

Ehh..tiber mbebel plak

Utk tak ot..kesian kt ank2 dia
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2021 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Senangnyaaaa laaaa ambik jalan penyelesaian. Sanggup bunuh anak semata nak start anew. It don't work that way sisssss
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2021 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya anak-anak tu.. menderita kot sampai tua bukan mati terus. Kot ye pun nak bunuh study la sikit ngok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.089138 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list