CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1307|Reply: 0

Bagaimana Semut Boleh Masuk Rumah?

[Copy link]
Post time 2-7-2021 12:41 AM | Show all posts |Read mode
Bagaimana Semut Boleh Masuk Rumah?



Tiada masalah yang lebih menjengkelkan daripada semut muncul dan mengurumi di beberapa tempat dalam rumah anda. Walaupun semut tidak berbahaya dan tidak menyengat yang menyebabkan kesakitan, tetapi ia boleh mengurumi sesuatu dengan cepat secara besar-besaran. Jika perkara ini berlaku, memang sukar untuk anda hapusknya agar ia tidak datang kembali meskipun sudah disembur banyak kali.

Biasanya terdapat sesuatu yang boleh mencetuskan segerombolan semut untuk muncul secara tiba-tiba. Berikut adalah beberapa sebab bagaimana semut boleh masuk rumah anda.

1. Retakan dan lubang pada dinding



Sebilangan besar rumah tidak ditutup secara hermetik, di mana terdapat pertukaran udara antara bahagian dalam dan luar rumah. Pertukaran udara ini biasanya berlaku di sepanjang lapisan dinding dan tingkap serta pintu. Jurang ini cukup besar untuk semut mencari jalan dan masuk ke rumah anda.

Retakan pada dinding juga boleh mengundang semut untuk masuk ke rumah anda kerana beberapa bahan binaan seperti plaster yang lama akan mudah pecah dan membantu serangga ini untuk membuat jalan dan masuk ke rumah anda.

2. Lantai



Pasti semua tahu bahawa semut berjalan di atas lantai untuk mencari serpihan makanan. Namun apa yang kurang jelas adalah semut juga boleh masuk ke dalam lantai. Ia mungkin mempunyai laluan jalan di bawah permaidani, lantai jubin atau kayu. Ini memberi semut banyak ruang untuk bergerak melalui rumah dan mencari laluan masuk serangga kecil ini mungkin agak sukar jika ia berada di bawah permukaan lantai.

3. Sarang dalam rumah



Sudah tentu semut sering masuk ke dalam rumah anda. Namun, mungkin sebenarnya ia sudah hidup di sana. Tahukan adan, sebilangan spesies semut mampu membina sarangnya di dalam kediaman anda? Ia sering menggunakan lubang dinding atau kayu yang sudah reput untuk membuat sarangnya. Ini bermaksud, anda mengkin mempunyai beberapa sarang semut yang sudah lama tinggal bersama anda.

Jadi, beberapa kumpulan semut akan mencari makanan di luar dan semut yang lain pula mungkin tidak keluar dari sarang tersebut untuk menetas telur.

4. Tingkap



Walaupun tingkap membantu cahaya matahari dan udara segar masuk ke dalam rumah, tetapi ini mungkin juga memberi akses jalan masuk kepada semut. Tingkap yang terbuka memudahkan semut untuk bergerak dan masuk ke dalam rumah anda. Jika tingap tertutup sekali pun, semut mampu masuk melalui bingkai tingkap yang mungkin mempunyai jurang antara dinding.

Bingkai tingkap juga boleh memberi kelembapan dan menyebabkan kayu menjadi reput sehingga menyediakan tempat dan sarang bagi beberapa spesies semut.

5. Pintu



Sama seperti manusia, jalan terbaik untuk semut memasuki rumah adalah melalui pintu. Pintu yang tidak ditutup dengan rapat sangat mudah untuk semut mendapatkan akses memasuki rumah anda.

Perkara lain yang perlu dipertimbangkan adalah pintu yang jarang digunakan. Oleh kerana pintu ini tidak banyak aktiviti, pintu boleh retak atau rosak tanpa disedari. Kesalahan ini dapat memberi laluan jalan kepada semut dan serangga lain untuk masuk ke rumah anda.

Sumber:https://plus.wiser.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.058723 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list