CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3223|Reply: 1

[Borneo] MyTravelPass dimansuhkan, boleh melancong ke luar negara mulai esok - PM

[Copy link]
Post time 10-10-2021 06:12 PM | Show all posts |Read mode


Kerajaan bersetuju untuk membenarkan rakyat Malaysia yang lengkap dua dos vaksinasi melakukan perjalanan ke luar negara tanpa melalui MyTravelPass Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran itu sekali gus menyaksikan semua rakyat Malaysia boleh ke luar negara termasuk untuk aktiviti pelancongan.

Katanya, kebenaran tersebut juga akan mula berkuat kuasa pada 11 Oktober 2021.

"Saya mendapat makluman daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), kita buka untuk semua negara tetapi masih belum membuka sempadan negara kita untuk pelancong asing.

“Kita sedang membuat kajian tentang kemasukan ini, dan mungkin kita akan mengumumkan dalam masa terdekat. Tetapi setakat hari ini, pintu masuk negara masih belum dibuka kecuali melibatkan kecemasan, perniagaan dan juga urusan rasmi.

Tetapi untuk pelancong (asing) masih belum dibuka. Saya percaya KKM sedang menilai negara-negara yang tiada risiko langsung.

"Saya telah sebu dalam Dewan Negara, ada enam kriteria sebelum kita membenarkan sesiapa dari luar datang melancong ke negara kita," katanya dalam sidang media khas, di sini hari ini.

Walau bagaimanapun, jelas Perdana Menteri, pengembara masih perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari sebaik pulang ke tanah air.

Katanya lagi, ujian saringan COVID-19 juga perlu dilakukan tiga hari sebelum pulang semula ke dalam negara, dan sebaik tiba di lapangan terbang antarabangsa


credit

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2021 07:09 PM | Show all posts
Ramai tak sabar nk travel oversea
Tp aku wait n see dulu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.060588 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list