CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Syd

Orang Utan

[Copy link]
 Author| Post time 13-2-2009 02:11 PM | Show all posts
Kelahiran Orang Utan Ketiga Di Semenggoh

KUCHING, 13 Feb (Bernama) -- Anak orang utan ketiga, seekor betina dilahirkan dalam masa dua minggu di Pusat Hidupan Liar Semenggoh di sini, yang telah menjadi satu catatan.

Kelahiran orang utan pertama ialah pada Isnin lepas sementara dua ekor lagi dilahirkan di Pusat Hidupan Liar Matang di sini pada hari yang sama dan seekor lagi dilahirkan pada 3 Feb lepas.

Menurut warden taman itu, emak kepada anak orang utan itu yang baru dilahirkan, Delima, kali terakhir dilihat pada Khamis lepas dan kelihatan sihat pada pagi ini bersama anaknya yang baru dilahirkan.

Anak itu seberat kira-kira 1.5 kg belum lagi dinamakan, menurut kenyataan Perbadanan Perhutanan Sarawak di sini hari ini.

Sebelum ini Delima melahirkan dua anak, seekor jantan diberi nama Annuar pada 1999 dan seekor betina, dengan nama Selina pada 2004.

Setakat ini ada 25 orang utan di Hutan Simpan Asli Semenggoh, termasuk 14 yang baru dilahirkan.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2009 03:17 PM | Show all posts
Originally posted by hatemetoday at 8-7-2008 09:19 AM
alahaii lemah lembot jek dorangnihh....kat bukit merah tuh...sebijik taken care like baby human....siap ada nursery...

anak teruna aku sbot orang utan = orang tuan...ntah ape2 jek....


ehehe.. mesti anak hate tu budak tecit lagik kan...

me pun suka gak orang utan ni.... dulu pernah gak bercita2 nak bela sekor...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2009 11:40 AM | Show all posts
Laman Web Kumpul Dana Orang Utan Dilancar

BUKIT MERAH, 23 Feb (Bernama) -- Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah (YOU) melancarkan sebuah laman web bagi mempromosi usaha pengumpulan dana sebanyak RM6.2 juta untuk membangunkan kemudahan yang lebih lengkap di Pulau Orang Utan di sini.

Majlis pelancaran laman web itu dilakukan serentak dengan pelancaran YOU, logo dan piagamnya oleh bekas ketua setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Suboh Mohd Yassin di Bukit Merah Laketown di sini semalam.

Selain sumbangan dana, laman web www.orangutanisland.org.my itu juga sebagai platform untuk memberikan maklumat terperinci berhubung kehidupan Orang Utan, kajian saintifik mengenainya serta usaha dan program YOU dalam memastikan survival primat itu yang hanya membiak secara semula jadi di Borneo dan Sumatera.

Sehingga kini 12 anak Orang Utan lahir di pulau itu sejak Pulau Orang Utan diwujudkan pada Febuari 2000 dengan populasi keseluruhan Orang Utan kini ialah 23 ekor.

Anggota Lembaga Pemegang Amanah YOU Prof Emeritus Datuk Abdul Latiff Mohamad dalam ucapannya berkata, Yayasan amat memerlukan dana, kerjasama dan sokongan semua pihak dalam menjayakan program pemuliharaan, penyelidikan dan pembiakan Orang Utan di Pulau Orang Utan itu.

"Kami yakin dengan adanya sokongan dan sumbangan dana dari semua pihak, hasrat untuk melestarikan pemuliharaan Orang Utan akan mencapai kejayaan dan kecemerlangan.

"Sesungguhnya hasrat ini adalah untuk kebaikan generasi akan datang untuk mengenali Orang Utan secara khasnya dan kesinambungan spesis Orang Utan di muka bumi ini, amnya," katanya.

Pada majlis itu, YOU dan Yayasan Pulau Banding iaitu yayasan yang mempelopori usaha memulihara kawasan hutan Belum-Temengor di Gerik, mengumumkan pelantikan artis Dayang Nurfaizah sebagai 'Duta Pemuliharaan dan Pengekalan Alam Semulajadi'.

Dengan pelantikan itu, Dayang Nurfaizah akan mempromosi kesedaran mengenai kepentingan memulihara dan mengekalkan alam semulajadi demi penerusan spesis-spesis flora dan fauna serta kesejahteraan kehidupan generasi masa hadapan.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 06:27 AM | Show all posts
Dibelai macam anak sendiri

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI



COMELNYA... Itulah perkataan yang sering terpacul di mulut hampir setiap pengunjung yang berkunjung ke Pulau Orang Utan di Bukit Merah Laketown Resort (BMLR), Taiping, Perak.

Bagi yang pertama kali berkunjung dan melihat Orang Utan, rasa teruja melihat keletah anak haiwan ini yang tidak ubah seperti seorang bayi membuatkan masing-masing tidak sabar untuk mendekatinya.

Kesemua anak-anak Orang Utan yang ditempatkan di pusat khas, Infant Unit Care (ICU) yang terletak bersebelahan jeti utama pulau seluas 9.2 hektar itu dibelai oleh para petugas seperti anak sendiri.

Cukup masa anak Orang Utan ini akan disusui dan makan minumnya pula berdasarkan diet yang sepatutnya. Malah ia bertambah comel apabila dipakaikan lampin pakai buang.




Beroperasi secara rasmi pada Mac 2003, ICU yang mempunyai peralatan lengkap seperti yang terdapat di wad pediatrik di sebuah hospital memainkan peranan yang cukup besar dalam pemeliharaan dan pemuliharaan spesies haiwan yang semakin terancam ini.

Selain bertindak sebagai hospital, ICU itu juga berperanan sebagai pusat latihan dan nurseri untuk anak-anak Orang Utan sebelum masing-masing bersedia meneruskan hidup bersama kelompok Orang Utan dewasa.

Selain pengunjung, antara individu yang paling teruja dengan haiwan berkenaan ialah Wan Nor Ashikin Meor Mohd. Azhari, salah seorang jururawat veterinar yang bertugas di situ.


DR. D. SABAPATHY (duduk) bersama sebahagian daripada kakitangannya.

"Bekerja di sini menyeronokkan tetapi bukanlah kerana rasa teruja disebabkan dapat 'bermain-main' bersama Orang Utan yang ditempatkan di situ. Saya juga gembira kerana hakikatnya bukan semua dapat merasai peluang sebegini," katanya kepada Kosmo!.

Menurutnya, peluang berkhidmat di pusat pemeliharaan yang menjalankan penyelidikan seumpama itu bukan mudah diperoleh. Sejak berkhidmat di pusat Orang Utan berkenaan lima tahun lalu, dia tidak betah untuk menjengah kerjaya yang lain.

"Rutin harian saya bermula seawal pukul 8 pagi dan apa yang perlu dilakukan ialah memeriksa tahap kesihatan anak-anak Orang Utan," katanya.

Kepakaran pegawai veterinar, Dr. D. Sabapathy yang berpengalaman luas banyak membantunya memahami keperluan haiwan berkenaan.

"Haiwan ini nampak seperti lemah dan lembap. Tetapi sebenarnya mereka cerdik kerana Orang Utan mempunyai 97 peratus DNA manusia," katanya.

Semasa kunjungan Kosmo! di pusat Orang Utan tersebut, Wan Nor Ashikin ketika itu sibuk membantu bosnya membuat pemeriksaan kesihatan rutin ke atas June Jr., anak Orang Utan yang baru berusia empat bulan.



SEEKOR anak Orang Utan sedang disusui
oleh kakitangan Pulau Orang Utan.


Keletah Jun Jr. sememangnya mengasyikkan, bahkan ketika alat denyutan nadi dipasang pada kakinya, haiwan berkenaan terpaksa dipujuk-pujuk Wan Nor Ashikin bagai anak kecil.

Deepa pula adalah anak Orang Utan yang baru mencecah usia setahun lima bulan. Sampel darahnya diambil oleh Sabapathy.

Kekuatan fizikal Deepa nyata mengejutkan. Empat pembantu terpaksa memegang tangan dan kakinya tatkala Sabapathy mahu menyuntik jarum ke tubuhnya.

Bagi Sabapathy, beliau bersyukur kerana kesemua 19 kakitangan yang bertugas di Pulau Orang Utan ini mampu belajar dengan cepat tentang sikap, kecenderungan dan perangai haiwan itu.

Pada ketika ini, katanya, pulau Orang Utan itu menempatkan 23 Orang Utan dan diselia selama 24 jam sehari. Sekurang-kurangnya tiga kakitangan bersedia di pulau berkenaan sepanjang malam.



AKSI manja seekor anak Orang Utan yang comel.

"Apa yang menarik, sejak dibuka kita berjaya mengekalkan kejayaan pembiakan Orang Utan secara purata antara tiga hingga empat ekor anak Orang Utan setahun," katanya.

Menyingkap sejarah penubuhan ICU yang beroperasi kira-kira tiga tahun lalu, anak-anak Orang Utan yang dilahirkan di pulau itu terpaksa diasingkan daripada ibunya bagi memastikan keselamatannya.

Kebanyakannya, mengalami beberapa masalah seperti tidak dipedulikan ibu, tidak disusui dan berat badan yang tidak bertambah. Ada juga yang mendapat cirit-birit.

"Jika tidak diasingkan, kita bimbang anak-anak Orang Utan tersebut akan mati. Di unit rawatan ini, mereka dirawat dan dijaga dengan perhatian yang sewajarnya.

"Sehinggalah mereka berusia empat tahun, barulah dilepas bebas di pulau ini seperti Orang Utan dewasa yang lain," jelasnya.

Di sini, penjagaan vital sign (oksigen dalam darah, tekanan dan denyutan nadi), pemakanan, menyusu mengikut waktu dan pelan pemakanan yang seimbang termasuk vitamin sentiasa diawasi.



PENJAGAAN vital sign (oksigen dalam darah, tekanan dan denyutan nadi),
pemakanan, menyusu mengikut waktu dan pelan pemakanan seimbang sentiasa diawasi.


"Jika mereka mengalami cirit-birit, lampin akan dipakaikan dan ditukar. Malah purata tidur mereka adalah antara 15 hingga 22 jam sehari turut diperhatikan. Timbangan berat badan dan najis turut diperiksa," katanya sambil memberitahu ICU mempunyai tiga bahagian iaitu Bilik Rawatan, Bilik Penyembuhan serta Unit Pembangunan dan Perkembangan.

Bertentangan dengan bangunan ICU itu, sekumpulan Orang Utan remaja kelihatan bersantai sambil berehat dan bergayut ke sana dan ke mari.

Gelagat Adam, Sonia, Carlos, Paulina, Malik, Ilyas, Careena, Charles Jr., Harry, Nicole dan Elizabeth bertepuk tangan begitu menghiburkan. Mereka merupakan sebahagian daripada anak-anak Orang Utan yang lahir dan dibesarkan di pulau ini.

Menurut Sabapathy, nama-nama unik itu diberikan sendiri oleh Pengerusi MK Land Holding Berhad, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar.

****************************************************************************************

comel pulak anak2 orangutan ni..... bagus dapat jaga depa macam
anak manusia lagaknya..... mesti nurses kat sana seronok dapat
main dengan anak2 orangutan ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2009 06:04 AM | Show all posts
Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok Terima Sumbangan RM15,000

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok di Sandakan, Sabah menerima sumbangan RM15,000 daripada Malaysia Airlines (MAS).

Pengurus Kawasan MAS Sabah Morris Ong berkata sumbangan ini merupakan sebahagian daripada hasil jualan tiket penerbangan terus sulung dari Kuala Lumpur ke Sandakan semalam.

"Penerbangan terus itu dapat memudahkan pelancong mengunjungi Sepilok dan sekali gus memberi peluang kepada mereka merasai sendiri pengalaman bersama orang utan," katanya dalam kenyataan di sini.

Ong berkata penerbangan terus itu bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 8.05 pagi dan tiba di Sandakan pada 10.50 setiap hari manakala penerbangan balik bertolak dari Sandakan pada 11.35 pagi dan tiba di KLIA pada 2.20 petang.

Beliau berkata maklumat lanjut boleh diperoleh dengan melayari laman web www.malaysiaairlines.com atau menerusi pusat panggilan 24 jam MAS di talian 1-300-88-3000.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2009 09:44 AM | Show all posts
harap harap duit 2 disalur dengan betol... bukan kat dalam poket sesiape

banyak oooo boleh buat ngan 15 ribu 2....

teringat manja kat zoo negara dulu.... skarang dah tak boleh lepas dah...sebab dah besar.

kalau tak salah kekuatan orang utan dewasa sama dengan 9 orang dewasa.... powerful!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-5-2009 07:45 AM | Show all posts
Zoo ditutup kerana orang utan


GAMBAR fail menunjukkan seekor orang utan di wilayah Kalimantan Barat pada 13 April 2009.


ADELAIDE - Pihak pengurusan Zoo Adelaide di Australia bergegas memindahkan semua pengunjung semalam apabila seekor orang utan melepaskan diri dari kurungan, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang kakitangan zoo berkenaan berkata, orang utan berusia 27 tahun bernama Karta itu merosakkan litar elektrik di sekeliling pagar kurungannya dengan sebatang kayu.

Haiwan itu kemudian menimbunkan batang kayu untuk memanjat keluar dari kurungannya pada tengah hari semalam.

Kemudian orang utan itu tidak dapat melepaskan diri daripada satu lagi pagar yang jauhnya beberapa meter daripada orang ramai.

Haiwan itu yang kemudian menyedari ia tidak dapat melepaskan diri kembali semula ke kurungannya.

Kurator zoo berkenaan, Peter Whitehead berkata, walaupun Karta kembali ke dalam kurungannya secara sukarela, pihak zoo terpaksa memindahkan orang ramai sebagai langkah berjaga-jaga.

Menurutnya, pihak zoo akan memastikan kurungan haiwan itu benar-benar selamat sebelum membuka zoo itu kepada orang ramai. - Agensi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2009 12:43 PM | Show all posts
Pakar Orang Utan Puji Usaha Pemuliharaan Sarawak

KUCHING, 25 Jun (Bernama) -- Seorang pakar orang utan terkenal, Dr. Birute Marija Filomena Galdikas, kagum dengan usaha-usaha pemuliharaan orang utan di Sarawak, terutamanya di Pusat Pemuliharaan Orang Utan Semenggoh dan Taman Hidupan Liar Matang dekat sini.

Dr Galdikas, seorang primatologis, pemulihara, etologis dan pengarang beberapa buah buku berkaitan spesies terancam, juga dikenali sebagai seorang pakar dalam bidang primatologi moden berikutan pembabitannya dalam bidang pengajian orang utan selama 38 tahun.

"Orang utan merupakan spesies haiwan paling sukar untuk dipulihara. Namun, Sarawak telah melakukan tugas terbaik dalam usaha melindungi orang utan," katanya selepas melawat pusat pemuliharan orang utan di Matang dan Semenggoh, milik Sarawak Forestry Corporation (SFC).

Beliau juga kagum dengan tindakan inovatif yang diambil kerajaan negeri Sarawak untuk melindungi orang utan dengan membabitkan penyertaan sektor swasta bagi memperbaiki sistem sedia ada.

Berasal dari Kanada, beliau yang kini mempunyai kewarganegaraan Indonesia, begitu teruja dan gigih memantau sejumlah 330 orang utan liar di Kalimantan.

Dr Galdikas, juga terkenal sebagai wanita ketiga di antara trio wanita yang dikenali sebagai "Leakey's Angels", sementara dua lagi adalah Jane Goodall, yang mengkaji monyet Afrika atau cimpanzi, dan Dian Fossey, yang terkenal dalam usahanya mengkaji dan melindungi gorila gunung.

Sementara itu, Irene Spencer, seorang perunding pelancongan bertauliah dari Amerika Syarikat yang mengiringi Dr Galdikas, turut melahirkan kekagumannya terhadap usaha pemuliharaan yang dilakukan SFC.

Spencer berada di sini untuk melihat potensi bagi mempromosikan program melawat orang utan untuk kumpulan pelancong mewah ke Matang dan Semenggoh menjelang tahun depan sebagai satu produk istimewa yang mempunyai permintaan tinggi di Amerika.

Dalam lawatan itu, mereka ditunjukkan dengan beberapa proses pemuliharaan orang utan, klinik veterinari, stesen memberi makan, program pengkayaan orang utan dan diikuti dengan sesi taklimat mengenai pemuliharaan orang utan di Sarawak oleh Ketua Warden Taman SFC, Wilfred Landong.

Landong berkata selain menjadi kediaman bagi sejumlah anak orang utan yang dilahirkan dalam habitat semula jadi oleh ibu orang utan yang dipulihara, Semenggoh juga merupakan pusat bagi mengkaji biologi dan tingkah laku serta menjadi habitat semula jadi bagi puluhan orang utan separa liar yang berjaya menjalani program pemuliharaan.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-7-2009 07:36 PM | Show all posts
Khamis Julai 2, 2009
Penternak rusa didakwa miliki anak Orang Utan secara haram

KUALA LUMPUR: Seorang penternak rusa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baharu dekat sini hari ini terhadap lima pertuduhan antaranya memiliki seekor anak orang utan tanpa permit tiga minggu lepas.

Mohamed Akbar Chiraghdin, 49, didakwa memiliki seekor anak orang utan yang tidak matang di sebuah rumah di Bukit Sentosa, pada 8 malam 11 Jun lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 65 Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 itu membawa hukuman denda tidak lebih RM6,000 atau penjara sehingga enam tahun atau keduaduanya.

Bagi pertuduhan kedua hingga kelima di tempat dan masa yang sama, Mohamed Akbar dituduh memiliki secara haram tujuh ekor burung kakak tua berlainan jenis.

Pertuduhan mengikut Seksyen 68 Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 itu membawa hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau keduduanya sekali.

Majistret Zuraidah Zakaria mengenakan ikat jamin RM5,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Ogos untuk sebutan semula kes.Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa dari Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Selangor Ahmad Shamsuddin Shaari manakala Mohamed Akhbar tidak diwakili peguam.

Anak lelaki Mohamed Akhbar membayar ikat jamin tersebut. BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2009 10:52 AM | Show all posts
Sentral: Bergabung lindungi orang utan
Oleh Nor Azma Laila
norazma@bharian.com.my

Usaha pulih habitat di Sabah

KUALA LUMPUR: Boh Plantations Sdn Bhd bersama WorldWide Fund for Nature (WWF) Malaysia dan TV9 bersatu tenaga dalam meningkatkan kesedaran berkenaan orang utan melalui Program Sekolah Sinar Harapan Orang Utan.

Program berkenaan diilhamkan untuk terus memupuk kesedaran masyarakat mengenai kepupusan orang utan terutama di kalangan remaja.

Ketua Pegawai Eksekutif Boh Plantations, Caroline Russel, berkata program berkenaan adalah lanjutan daripada program utama tanggungjawab korporat Boh ‘Sinar Harapan Orang Utan’ yang diperkenalkan pada 2002.

“Dengan kerjasama WWF Malaysia juga, kami kini dalam proses memulihkan tempat tinggal untuk orang utan di Kinabatangan, Sabah dan dalam masa yang sama meningkatkan lagi kesedaran masyarakat melalui aktiviti berasaskan masyarakat.

“Sempena sambutan ulang tahun ke-80 tahun ini juga, kami bertekad meningkatkan lagi kesedaran di kalangan remaja dengan membabitkan mereka dalam pelbagai program demi masa depan orang utan.

“Kami yakin remaja Malaysia boleh memainkan peranan besar dalam melakukan perubahan ini melalui Program Sekolah Sinar Harapan Orang Utan,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran program berkenaan, di sini.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif WWF Malaysia, Datuk Dr Dionysius Sharma; Ketua Pegawai Pemasaran, Rangkaian Televisyen TV9, Shareen Ooi; Ketua Pemasaran Boh Plantations, Chen Chaw Chang dan Ketua Pengurusan Jenama, Pembangunan Perniagaan dan Komunikasi Korporat TV9, Noor Amy Ismail.

Program Sekolah Sinar Harapan Orang Utan membabitkan penggunaan blog sebagai alat perhubungan untuk membolehkan peserta melahirkan daya kreatif secara dalam talian dan terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah kerajaan atau swasta di Malaysia berusia antara 14 hingga 17 tahun.

Bagi menyertai peraduan yang bermula 13 Julai ini, pelajar perlu melengkapkan tiga tugasan utama iaitu melancarkan kempen kesedaran yang bertujuan menonjolkan isu berkaitan kepupusan orang utan, menjalankan aktiviti untuk meningkatkan kesedaran terhadap pemuliharaan primat itu dan akhirnya mewujudkan sebuah blog bagi mendokumenkan kempen berkenaan.

Penyertaan terhad kepada empat peserta bagi setiap kumpulan dan tarikh tutup ialah pada 31 Ogos 2009 serta penilaian peserta akan dibuat berdasarkan tiga aspek iaitu kesedaran, aktiviti yang dijalankan dan blog.

Pemenang pertama bagi pertandingan ini akan mendapat pakej lawatan sambil belajar ke Sungai Kinabatangan untuk empat orang peserta dan seorang guru atau penjaga, wang tunai RM800 setiap seorang, RM2,000 dan plak penghargaan kepada sekolah.

Sementara itu, Noor Amy berkata, sebagai pembuka tirai, krew Kawan 9 dari TV9 akan memulakan penjelajahan ke 30 sekolah di Lembah Klang manakala liputan mengenai penjelajahan itu akan disiarkan di TV9 setiap hari selama dua minit, pada jam 7 petang, bermula 20 Julai ini.

“Pelajar yang berminat boleh melayari www.orangutan.com.my atau www.tv9.com.my atau www.adikdi9.com.my untuk maklumat lanjut,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2009 04:31 PM | Show all posts
cute bangat.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2009 07:42 AM | Show all posts
Tulis Blog Untuk Orang Utan

Oleh Rohana Mustaffa

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Blog hari ini dikenali sebagai satu daripada medium popular untuk meluahkan ekspresi dalam kalangan generasi muda dan cara ini dilihat lebih baik dalam usaha melibatkan mereka dalam sesuatu kempen.

BOH Plantations Sdn Bhd, (Tabung Hidupan Liar) WWF-Malaysia dan TV9 yang berusaha melibatkan anak-anak remaja dalam menyebarkan mesej pemuliharaan orang utan, telah menggalakkan pengwujudan blog untuk mendokumenkan kempen ini.

Mereka bekerjasama dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai pahit getir yang dihadapi penghuni hutan ini melalui peraduan 'New Hope For Orang-utan School Programme" (harapan baru bagi orang utan), kerana percaya golongan remaja ini memainkan peranan besar dalam usaha pemuliharaannya pada masa depan.

"Kami mahu memperkasa mereka untuk memainkan peranan dalam menyebarkan mesej pemuliharaan primat ini," kata Caroline Russell, ketua pegawai eksekutif BOH Plantations pada perasmian program berkenaan baru-baru ini.

PENYOKONG PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR

Beliau berkata BOH Plantations telah lama menjadi penyokong usaha pemuliharaan hidupan liar dan alam sekitar, dengan tumpuan khusus sejak kebelakangan ini terhadap pemuliharaan orang utan.

Bagi BOH, primat ini merupakan pilihan semula jadi kerana mereka merupakan sebahagian penting warisan semula jadi Malaysia.

Spesies ini, menurut Russell, ialah ikon Malaysia dan benar-benar memerlukan usaha bagi memastikan bukan hanya kewujudan mereka tetapi juga ekosistem hutan di mana mereka tinggal, turut dipulihara.

"Kami amat percaya bahawa anak remaja Malaysia boleh memainkan peranan penting dalam mencetuskan perubahan dan memberikan dorongan ke arah masa depan yang lebih lestari.

"Kami berharap program sekolah ini akan memperkasa anak remaja kita dengan pengetahuan mengenai isu-isu yang mengancam kewujudan orang utan dan menggalakkan mereka membawa perubahan dengan menjadi suara bagi usaha pemuliharaan orang utan kini dan pada masa depan," kata Russell.

TANGGUNGJAWAB KORPORAT

Program sekolah "Harapan Baru bagi Orang Utan" ini menggunakan blog sebagai medium urusan dan membolehkan peserta untuk mengutarakan kreativiti mereka secara online.

BOH, WWF-Malaysia dan TV9 percaya medium ini akan menarik penyertaan dari kalangan remaja memandangkan generasi muda lebih mahir dalam IT dan begitu berkeyakinan dengan pendapat mereka, dan kerana itu akan memilih menggunakan media dan rangkaian sosial seperti blog, untuk menyuarakan pendapat mereka.

Program ini pada asasnya merupakan tempat bagi mereka menyuarakan perasaan mereka untuk membawa perubahan bagi orang utan dalam cara mereka tersendiri dan untuk menggalakkan orang ramai mengambil perhatian terhadap usaha mereka, kata Russell.

Beliau berkata program sekolah 'New Hope for Orang-utan' dinamakan sedemikian kerana ia merupakan sambungan kepada program utama tanggungjawab korporat BOH - "Harapan Baru bagi Orang Utan" yang dimulakan pada 2002 untuk menonjolkan isu-isu ancaman terhadap primat ini dan kepupusan habitat mereka.

Sempena sambutan ulang tahun ke-80 BOH Plantations tahun ini, mereka mahu memastikan yang mereka melibatkan sama golongan muda negara dan usaha utama tanggungjawab korporat mereka, dalam sambutan perayaan ini.

Russell berkata dengan menggabungkan kedua-dua mereka ke dalam program ini merupakan usaha penyelesaian yang sangat baik.

SALING BEKERJASAMA

Bersama-sama dengan WWF-Malaysia dan TV9, BOH merancang untuk membangkitkan kesedaran dalam kalangan remaja dan masyarakat dengan melibatkan mereka dalam pelbagai platform untuk memberikan harapan kepada masa depan orang utan Malaysia.

Noor Amy Ismail, Ketua Pengurusan Jenama, Pembangunan Perniagaan dan Komunikasi Korporat Kumpulan, TV9, berkata golongan remaja hari ini akan dirangsang untuk menambah pengetahuan mereka mengenai spesies ini, apabila menyedari maklumat mengenainya sudah tersedia di hujung jari mereka, iaitu melalui platform online.

Ini juga merupakan landasan baik bagi pelaksanaan tanggungjawab korporat TV9 dalam memulihara alam sekitar dan spesies terancam.

Sementara itu pengarah eksekutif/CEO WWF-Malaysia Datuk Dr Dionysius S.K. Sharma berkata program ini memberi kuasa kepada golongan remaja untuk menggunakan kemahiran dan minat mereka dalam teknologi terkini untuk membantu melindungi bahan penting sejarah tanah air mereka ini dan warisan semula jadi negara.

Sebelum ini orang utan boleh ditemui jauh dari selatan China ke kaki gunung Himalaya dan ke selatan pulau Jawa, Indonesia, katanya.

Dan kini, hanya Borneo dan Sumatera merupakan dua tempat di muka bumi ini yang masih boleh ditemui orang utan tinggal.

"Kita tidak dapat mengelak daripada merasakan ada pertalian yang harus dilindungi terhadap beruk besar ini yang dari segi genetiknya, 96 peratus serupa dengan manusia. Tidak boleh dibayangkan betapa ruginya jika ikon kita ini, penghuni hutan di sini, hilang begitu saja daripada pokok-pokok dan akan hanya hidup dalam legenda kita," katanya.

TERBUKA KEPADA SEMUA

Program ini terbuka kepada semua pelajar daripada usia 14 hingga 17 tahun.

Untuk menyertai pertandingan ini, pelajar diperlukan menyiapkan tiga tugasan utama yang termasuk mewujudkan kempen kesedaran bertujuan menonjolkan isu berkaitan survival atau kewujudan orang utan, mengadakan aktiviti untuk menggalakkan kesedaran pemuliharan orang utan dan mendapatkan sokongan di peringkat bawahan serta mewujudkan blog untuk mendokumenkan kempen ini.

Pasukan Kawan 9 dari TV9 akan memulakan kempen jelajah sekolah dengan mengunjungi 30 sekolah di Lembah Klang untuk mewujudkan kesedaran terhadap orang utan dan program sekolah ini.

Liputan program jelajah ini akan disiarkan menerusi TV9. Peraduan ini bermula pada 13 Julai hingga 31 Ogos.

Pelajar yang berminat boleh melayari www.orangutan.com.my /www.tv9.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut atau menghantar pertanyaan mereka kepada adikdi9@tv9.com.my

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2009 11:49 AM | Show all posts
Jangan marah Michelle!

Oleh JESSABELL SOO
jessabell@kosmo.com.my



Peluang untuk menemu bual pelakon kesayangan negara, Datuk Michelle Yeoh tidak datang selalu. Walaupun hanya diberi peluang untuk bercakap menerusi telefon selama 30 minit, ia digunakan sebaiknya oleh media tempatan untuk mengetahui perkembangan terbaru bintang antarabangsa itu.

Ketika ditemu bual pada 3 Disember lalu yang diaturkan oleh National Geographic Channel (NGC), Michelle berada di Hong Kong dan akan berlepas ke Singapura keesokannya untuk melancarkan butik terbaru LV yang turut mendapat sentuhan rekaannya.

Bagi Michelle status sebagai artis merupakan medium terbaik untuk menyalurkan mesej kemanusiaan dan alam sekitar kepada orang ramai. Itu antara sebab mengapa dia dipilih sebagai duta global kempen keselamatan jalan raya.

Pernah terlibat dalam pelbagai dokumentari, Michelle yang juga pencinta haiwan telah menghabiskan masa melebihi tiga minggu di pusat pemulihan Sepilok, Sandakan, Sabah sekitar Jun lalu untuk menjayakan program Among The Great Apes with Michelle Yeoh yang akan disiarkan di saluran NGC (Astro 553) malam ini pukul 9 malam.

Kerap pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya, Michelle, 47, juga akan kembali lagi pada sambutan Tahun Baru Cina nanti. Tidak berfikir mengenai perkahwinan dalam masa terdekat, Michelle yang sudah bertunang dengan Jean Todt berjanji akan memberitahu peminatnya jika dia mahu mendirikan rumah tangga.

Ikuti petikan temu bual Michelle yang ramah melayan wartawan bagi mendalami pengalamannya di Sepilok serta mengetahui projek seni terbarunya.

Ceritakan sedikit mengenai dokumentari anda bersama saluran NGC.

MICHELLE: Penglibatan kali ini datang secara kebetulan dan saya amat bertuah kerana bertemu dengan orang yang mempunyai visi, impian dan minat yang sama seperti Lara dan Harun (pemilik syarikat produksi Novista yang menerbitkan program itu). Saya juga tabik kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Datuk Seri Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan atas kerjasama dengan NGC selain memberi dorongan kepada dokumentari tempatan.

Mereka mendapat idea untuk menggabungkan saya dengan Orang Utan. Ketika itu mereka belum mendapat persetujuan saya lagi. Tindakan itu amat berani. Apa akan terjadi jika Michelle Yeoh menolak idea itu? Tapi saya sendiri amat teruja apabila mereka menawarkan peluang itu kerana sudah lama mahu melakukan aktiviti seperti itu.

Kita sebagai orang Malaysia sebenarnya dirahmati dengan pelbagai jenis haiwan eksotik. Saya juga yakin dengan NGC yang mempunyai banyak pengetahuan terhadap subjek yang ingin dikelola. Saya tidak hanya mahu muncul di awal dan penghujung program. Saya mahu berada di tempat kejadian. Saya mahu menghabiskan masa dengan haiwan dan berada di hutan. Ramai yang terkejut melihat saya bersungguh-sungguh 'mengotorkan diri' di dalam hutan untuk program itu.


Berapa lama anda berada di Sepilok, Sabah?

Kami berada di sana lebih tiga minggu sekitar Jun lalu. Kalau boleh, saya ingin tinggal di sana sekurang-kurangnya untuk dua bulan. Kami diberitahu oleh penduduk tempatan bahawa haiwan-haiwan di dalam hutan amat pemalu.

Ramai orang yang melawat tempat itu tetapi tidak pernah melihat gajah. Saya pula hanya berada di sana selama tiga minggu dan telah melihat hampir semua jenis haiwan. Saya amat bertuah dan gembira walaupun digigit lintah. Menariknya saya juga berpeluang memanjat pokok.

Sepanjang penggambaran, adakah anda melalui sebarang momen yang menyentuh perasaan?

Semasa melihat Dr. Cecelia dan Dr. Sen, mereka kelihatan seperti ibu dan bapa kepada Orang Utan itu yang merupakan anak yatim piatu. Mereka telah cuba sedaya upaya untuk membantu Orang Utan tersebut sebelum mereka dihantar semula ke dalam hutan. Sepanjang penggambaran itu, kami telah membawa dua ekor orang utan ke dalam hutan. Apabila mereka naik ke atas pokok, saya boleh melihat emosi pada muka mereka. Saat itu amat menyentuh perasaan saya. Anda boleh merasakan kebanggaan dalam diri mereka.

Selepas penggambaran, adakah anda akan mengambil mereka sebagai anak angkat?

Kalau boleh, saya mahu mengambil semua menjadi anak angkat saya. Namun, mereka hanya membenarkan dua ekor sahaja. Salah seekor bernama Sen dan seekor lagi baru diberi nama Michelle. Mereka bertanya sama ada mereka boleh menamakan dia Michelle. Saya bersetuju dengan satu syarat iaitu mereka tidak boleh memarahi dia. Anda boleh lihat Sen dalam dokumentari itu nanti. Dia amat nakal dan sebab itu saya memilihnya.


MICHELLE berharap lebih ramai orang boleh mengambil Orang Utan sebagai anak angkat.

Apakah perasaan apabila anda mendekati Orang Utan?

Apabila anda melihat mata mereka, saya percaya anda akan merasai jiwa mereka. Sebenarnya mereka adalah haiwan yang paling dekat dengan manusia. Jika anda melihat Orang Utan yang tua, perasaannya seperti menyaksikan seorang datuk. Cuma kehidupan mereka lebih rileks berbanding manusia.

Pernah mendekati atau melihat Orang Utan sebelum ini?

Pertama kali adalah di zoo. Semasa kecil, ayah saya menyukai haiwan dan kami sering menonton dokumentari dan filem-filem berkaitan haiwan. Saya sendiri pernah melawat Afrika untuk melihat hidupan liar dan dikelilingi 17 ekor singa ketika berada dalam jip. Ia satu pengalaman menakjubkan untuk melihat dunia mereka.

Kali ini, saya berpeluang mendekati Orang Utan. Kami mahu orang ramai memahami mereka. Ia bukannya mengenai cara memeluk mereka sahaja. Mereka perlu dipelihara dan diajar tetapi mereka bukannya haiwan peliharaan. Saya berharap suatu hari nanti tempat seperti Sepilok akan dihapuskan kerana Orang Utan patut tinggal di hutan. Jika tidak, mereka berdepan dengan bahaya serta penyakit. Saya berharap generasi muda akan cuba melindungi khazanah negara itu.

REGIM kecantikan Michelle sangat mudah iaitu bersenam satu jam satu hari dan makan apa sahaja secara sederhana.

Adakah anda akan kembali ke Sepilok untuk melawat Sen dan Michelle?

Saya telah berjanji kepada mereka untuk kembali apabila mempunyai masa. Saya akan membawa kawan saya bersama dan ingin bekerjasama dengan bahagian hidupan liar Sabah. Apabila Sen akan dihantar ke dalam hutan nanti, saya juga telah berjanji untuk berada di sana.

Selepas program ini, adakah anda akan terus melibatkan diri dalam program sebegini?

Saya mempunyai visi untuk menjadi Edinburgh versi program haiwan. Ini cuma permulaan sahaja kerana ia memberikan kepuasan berbeza. Ia menyalurkan mesej dan memberikan emosi berlainan. Tidak seperti semasa saya berlakon dalam filem yang hanya akan memegang watak. Saya berharap untuk terus bekerjasama dengan Finas dan mereka dari Sabah dan Sarawak.

Kita bakal menyambut kedatangan tahun 2010. Apakah perancangan anda pada tahun depan?

Sebenarnya sehingga hujung tahun saya sangat sibuk. Selepas Singapura, saya akan kembali ke China untuk berlakon selama dua bulan. Kemudian saya akan menyertai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk melaksanakan tugas sebagai duta antarabangsa keselamatan jalan raya. Sekarang saya sedang berbincang mengenai dua buah filem. Jika berjalan lancar, saya akan sibuk dengan penggambaran.

MICHELLE tidak kisah hidup bersama Orang Utan di Sepilok, Sabah selama tiga minggu.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 04:04 PM GMT+8 , Processed in 0.063330 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list