CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5303|Reply: 11

Trend Terbaru Dunia Filem: Mengadaptasi Anime dan Manga Jepun Ke Layar Perak

[Copy link]
Post time 1-1-2007 04:46 PM | Show all posts |Read mode
kalau korang perasan, sejak akhir-akhir nih punyalah banyak anime dan manga jepun yang telah dibawa ke layar perak, samada dari produki Jepun, Hong Kong mahupun Hollywood...

boleh dikatakan sekarang ni trend membawa anime dan manga semakin menjadi2 dimana trend ini mula meletus dengan adaptasi live-version cult manga dan anime "Initial D" oleh produksi Hong Kong.

kemudian NANA, manga dan anime terkenal di Jepun pula diadaptasi ke layar perak. NANA yang mengisahkan dua rakan yang berkongsi first-nama yang sama iaitu "NANA" mempunyai personaliti yang sangat berbeza antara satu sama lain, tetapi persahabatan mereka yang seperti adik-beradik tu membantu mereka dalam menghadapi kehidupan yang penuh dengan suka duka di bandar metropolitan Tokyo. Live-action NANA yang dibintangi Mika Nakashima dan Aoi Miyazaki menemui penonton pada 2005 telah mencapai tahap top-10 box office dan kini sequel kepada NANA telah ditayangkan, malangnya penggantian beberapa pelakon asal dari NANA pertama telah menyebabkan sequel kepada NANA ini gagal.

baru-baru ni, Death Note pula telah dibawa ke layar perak. Manga yang mengisahkan Light Yagami, seorang remaja jepun yang genius telah menemui buku kematian milik Shinigami (Dewa Kematian) bernama Ryuk. Bermula dari situ, Light, seorang yang sudah jelak dengan keadaan dunia mula obses dengan "membunuh" orang2 yang pada pandangannya "tidak patut hidup" atas kesalahan jenayah. Dari obses ingin menjadikan dunia selamat didiami bertukar kepada keinginan untuk menjadi Tuhan di muka bumi. Kegiatannya yang selama ini berjaya dilindungi dengan kepintarannya, telah berjaya dikesan oleh penyiasat persendirian yang pelik bernama L. Death Note telah dibawa ke layar perak pada 2006 dan merupakan box-office, sequel yang menemui penonton beberapa bulan selepas itu juga berjaya menjadikan duo Death Note antara filem paling tinggi kutipannya di Jepun pada 2006.

Honey & Clover, manga yang terkenal dikalangan penuntut universiti jepun juga dibawa ke layar perak. Mengisahkan kisah percintaan, kehidupan dan cita-cita sekumpulan pelajar kolej seni di Tokyo, Honey & Clover merupakan premis manga yang dikatakan paling berjaya di Jepun pada 2006. Bermula dengan manga dan akhirnya di adaptasi ke anime dan layar perak dalam masa dua tahun, Honey & Clover antara premis manga paling cepat dibawa ke semua medium (manga -> anime -> filem).

Saikano atau She, The Ultimate Weapon, anime yang mengisahkan Shuji, penuntut sekolah tinggi di Hokkaido, Jepun telah jatuh cinta dengan Chise, juniornya di sekolah tersebut. Kisah yang bermula seperti tipikal cerita cinta remaja bertukar menjadi huru-hara apabila dunia barat telah mengisytihar perang ke atas Jepun dan operasi "carpet-bombing" mula dilancarkan di Jepun. Tanpa disedari Shuji, Chise sebenarnya merupakan cyborg yang mempunyai sayap dan senjata pada tubuhnya. Chise merupakan senjata rahsia milik tentera Jepun untuk menentang penaklukan barat. Saikano telah dibawa ke layar perak pada 2006 dan Aki Maeda (Battle Royale's fame) telah membawa watak Chise.

Paling terbaru yang diperkatakan ialah Transformer, franchise kartun yang bermula dengan koleksi permainan ala2 Gundam milik syarikat permainan Jepun telah dibeli hakmilik oleh syarikat animasi Amerika dan telah dianimasikan pada tahun 80an. Optimus Prime, Starcream, BumbleBee, Autobots dan Decepticon telah di bawa ke layar perak oleh Steven Spielberg dan Michael Bay.



trend yang semakin merebak di Asia kini bertiup ke Barat.

Filem anmasi arahan Satoshi Kon, Perfect Blue telah dibeli hak remake oleh pengarah Darren Aronofsky dimana beliau telah pay homage kepada Perfect Blue dengan memasukkan salah satu scene dari animasi tersebut ke dalam filem arahannya, Requiem of a Dream. Darren dikatakan akan membawa animasi tersebut ke layar perak tetapi belum membuat sebarang kenyataan rasmi.

Blood: The Last Vampire, filem animasi tahun 2000 yang mengisahkan seorang pembunuh pontianak bernama Saya, yang juga seorang pontianak yang telah ditugaskan membunuh pontianak2 sekitar kem tentera Amerika di Okinawa menggunakan katana. Animasi yang berlatarbelakangkan pasca-perang dunia kedua ini akan dibawa ke Hollywood oleh pengarah Fearless, Ronny Yen dan karekter Saya akan dilakonkan oleh aktres terkenal Korea Selatan, Jun-Ji Hyun( My Sassy Girl, Windstruck) dimana ini merupakan debut Jun-Ji Hyun di Hollywood.

animasi Mach Go Go Go atau lebih dikenali sebagai Speed Racer telah disahkan akan dibawa ke layar perak oleh Wachowskis sibling. Animasi yang ditayangkan pada tahun 1960an ini merupakan antara pioneer animasi jepun dan telah mencapai cult-status setaraf dengan Astro Boy. Speed Racer merupakan filem pertama arahan Wachowskis yang dikatakan sebagai "family-friendly". Speed Racer dijadualkan akan memasuki pawagam pada 2008

antara anime/manga yang dikatakan (rumours) akan dibawa ke layar perak samada oleh produksi Hollywood atau Asia.

1. Ghost In The Shell (Wachowski's)

2. Perfect Blue (Darren Aronofsky)

3. Akira (rumours yang sudah lama diperkatakan sejak 1996 lagi, banyak direktor dikatakan cuba membawa Akira ke layar perak, dari Wachowskis, Darren Aronofsky, James Cameron hinggalah ke Quentin Tarantino...baru2 ni Stephen Norrington, pengarah LXG dikatakan cuba membawa Akira ke layar perak, kini tiada berita)

4. Dragon Ball Z (Rolland Emmerich)

5. Lone Wolf and a Cub (Darren Aronofsky)

6. Neon Genesis Evangelion (no director attach yet, but Weta Workshop, company that did LOTR special effect have been approached)

7. Ninja Scroll (no director attach yet, Threshold Entertainment announced the buying of the remake from MADHOUSE)

8. Witch Hunter Robin (Joe Menosky)

9. Captain Harlock (Olivier Dahan)

eventhough rumours..tapi aku memang nak sangat tengok Akira di adaptasi ke layar perak. Cult-anime yang dikatakan holy-grail oleh ramai pengarah2 generasi baru macam aronofsky, tarantino dan wachowskis. Disebabkan banyak sangat fanatik Akira kat luar tu, byk produksi tak berani nak produce Akira. Copyright remake Akira sekarang dikatakan berada di tangan Warner Bros. dan ketika tu Stephen Norrington dikatakan sudah pasti nak helm the director's seat for Akira tapi atas sebab2 tertentu produksi tak kasi green light.

agak2nya apela anime or kartun yg korang rasa patut diadaptasikan? hehehehehe:nerd:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2007 06:39 PM | Show all posts
aku rasa trend ni berlaku sbb orang dah tak de idea nak buat filem dah kot.. banyak skang filem² samada diadaptasi @ remake.. sbb tu skang derang berlumba² nak buat filem² dari anime² yg popular..

banyak anime dalam senarai ko yg aku penah tengok sekali dua jer (sejak ada animax kat astro tu) so tak pasti la mana yg patut diadaptasikan... tapi dalam senarai ko tak de plak doraemon yer.. kalau ada mesti meletops!! mmg dah ada movie doraemon tapi tak de versi watak² yg hidup cam H&C tu.. kalau ada mesti beshlah.. :love:

apa² pun aku mmg nak sangat tengok honey & clover versi filem tu.. dah keluar ke belum yer??










Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2007 08:27 PM | Show all posts
Doraemon tu aku dengar Fujio F. Fujiko sebelum mati ada cakap yang dia tak benarkan sama sekali Doraemon diadaptasi ke live-action sebab passion mendalam si Fujio ni kat animasi dan manga..so sebab tu lah kot aku rasa memang takkan diusik Doraemon neh...lagi satu kartun2 legend macam Doraemon ni dia punya fan-base fanatik sgt...diaorang tak kasi sebarang alteration kepada "originaliti" siri tu.

kes fan-base fanatik ni jugak efek beberapa produksi yang ingin membawa animasi2 cult ke live-action...contohnya macam Akira, sebelum ni banyak direktor dan produksi nak bawa Akira ni ke live-action. Remake copyright pun semenjak dilepaskan oleh Katsuhiro Otomo banyak kali bertukar2 tangan, kejap kat produksi Jepun, kejap kat produksi Hong Kong...sekarang ni aku dengar ade kat tangan Warner Bros...antara direktor2 yang dikatakan dipengaruhi dan ingin mengarahkan Akira termasuklah Kiriya Kazuaki, Darren Aronofsky, Wachowski siblings dan Quentin Tarantino...tapi setiap kali berita mengenai Akira akan di live-action kan...berpuluh2 ribu lah fanboy2 Akira akan mengecam tindakan tu..termasuklah memboikot produk produksi dan sign petition...so disebabkan hal tu setakat ni takde sape lagi sanggup buat remake Akira even dalam bentuk animasi 3-D sekalipun.

Honey & Clover dah ditayangkan kat Jepun pada julai 2006

DVD live action H&C pun dah kluar
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2007 03:18 PM | Show all posts
filem2 tu semua cuma mengikut apa yg stesen2 TV Jepun dah buat sejak 10 tahun lepas, mengadaptasi anime/manga ke skrin televisyen dan jadi kemestian tiap2 season kat Jepun...cuma sekarang ni dah menjadi2 lak dengan penglibatan Hollywood...manga yg terbaru diadaptasi ke siri TV ialah Nodame Cantabile, kisah remaja kolej dalam bidang muzik...akan datang bulan 1 ni, manga Kirakira Kenshui lak jadi pilihan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2007 06:17 PM | Show all posts
aku minat gila nodame cantabile tu...

baru dpt tgk smpi ep.4 jer...

warghhh gyabooo
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2007 01:58 PM | Show all posts
Sebenarnya tak boleh nak kata pembikinan filem adaptasi ni disebabkan kekeringan idea....proses adaptasi adalah proses kreatif...lebih sukar dari buat filem dari original screenplay....

Selama ini hanya berlaku adaptasi dari novel....dan remake filem2 klasik atau filem2 asing...

trend zaman kini pula adaptasi dari komik, novel grafik, siri tv dan manga.....

so far adaptasi dari filem anime belum ada lagi kan ? Personally aku tak rasa teruja sangat....sebab filem anime juga adalah satu bentuk medium filem...adaptasi ke live-action aku anggap sebagai proses remake sahaja......kalau bagus..baguslah ia....

Banyak karya mangga mengandungi idea-idea besar dan kreativiti yg sehebat karya novel.......oleh itu memang seharusnya idea dan kreativiti itu dipindahkan ke layar perak dan disinilah cabarannya...adakah versi filem masih berjaya membawa idea itu atau gagal sama sekali....

Filem anime Kiki's Delivery Service pun khabarnya akan ke live action - berbunyi dari thn 2005(aku tgk kat imdb.com) lagi tapi tak ada cerita terbaru mengenai perkembangannya....tapi dengar kata ia bukanlah remake kpd filem animasi karya Hayao Miyazaki tu, sebaliknya adaptasi terus dari novel kanak-kanak yg asal....

Kalau ada lah karya anime/manga yg aku nak tengok masuk ke Live action, mungkin Fullmetal ALchemist....tapi cabaranya terlalu besar...FMA sarat dengan idea-idea besar tentang kemanusiaan, etika saintifik, anti-perang dan sebagainya....bukan saja memerlukan budget besar tetapi utk memvisualkan semula segala bentuk elemen fantasi dlm citer tu tentu bukan kerja yg mudah....

FMA manga masih belum tamat lagi sirinya....versi anime mengambil beberapa volume awal manga dan mengambil haluan ceritanya yg tersendiri selepas itu.....yg mana pada aku versi anime 51 episode itu lebih cemerlang hasilnya....ceritanya lebih memberikan kejutan yg kuat berbanding versi manga(individu yg melakukan adaptasi itu sememanya seorang genius)...kalaulah ada perancangan utk dialihkan ke live action aku rasa seeloknya ambil lah versi anime 51 episode itu utk diadaptasikan kepada bebrapa siri filem.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2007 03:40 PM | Show all posts
Since mende ni ade kaitan ngan thread yg aku jaga,meh aku bg pendapat sket.


sebenarnya mmg tepat la ayugiler pnye pendapat.orang pon sebenarnya dah kurang idea.\
tp idea from penulis manga ni sebenarnya best.cume diorang hanyalah penulis manga dan bukan director.so director ambik la manga ni utk dijadikan jln cite filem diorang.manga biasanya dibuat tanpa menggunakan teknologi canggih(dalam cite die).so ini meudahkan pembuat filem adaptasi je manga tu.


someday we might even see.movie atau siri yg diambil dari majalah atau komik tempatan macam movie mat gempak,gengkey,Fatal Chaos ataupon yg lg senang, Blues Selamanya,Blues untuk aku, Bersama Selamanya Aku,Dia, dan volkswagen.Selangkah Ke alam Misteri versi tv.,mane le tau kan
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2007 04:30 PM | Show all posts
Korang Tertinggal Filem adaptasi terbaru  Battle Of Wits diadaptasi dari Manga Bokko


Drama Dan Filem Korea pun ikut jejak jepun mengadaptasi dari Manhwa Korea contoh yang berjaya Drama Full House


kat malaysia dulu Yusri KRU kata nak bikin Filem LA Keluang Man tup-tup Cicakman pulak...

[ Last edited by  HangPC2 at 3-1-2007 04:33 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-1-2007 05:16 PM | Show all posts
bagi aku, adaptasi anime atau manga ke format live-action lebih kepada trend...

anime & manga sekarang dikatakan "untapped resource" bagi banyak production house yang besar mcm Warner, FOX etc...

diaorang analisis bende ni melalui keuntungan production2 house yg menerbitkan anime dan manga yang bernilai berbillion2 dollar...sebab market bukan setakat kat jepun jer tapi hampir satu dunia...

contoh mcm CLAMP, company yg didukung hanya oleh 4 mangaka wanita baru2 ni mendapat pulangan berjuta2 dollar hasil kerjasama dengan Animax dimana semua karya2 mereka yang dianimasikan telah dijual hak siarannye kapada Animax...

lepas tu kebanyakan direktor2 generasi baru baik dari Asia, Eropah mahupun Hollywood sendiri banyak terpengaruh dengan style2 animasi Jepun..

baru2 ni Samuel L. Jackson bekerjasama dengan satu produksi dari Jepun (aku lupa produksi ape) untuk menerbitkan animasi samurai yang diberi sentuhan "african-american culture" bertajuk Afro Samurai dimana Samuel L. Jackson sendiri menjadi antara salah seorang seiiyu (voice-over actor) utk salah satu karekter dalam anime Afro Samurai nih..

terpulang kepada perspektif individu, tapi bagi aku...anime jepun ni lebih memberi impak dari segi emosi walaupun hanya dlm bentuk animasi..mungkin disebabkan absolute control ke atas plotline dan karekter personaliti, anime2 yang diarahkan oleh pengarah2 berbakat macam Satoshi Kon, Osamu Tezuka dan Hayao Miyazaki dikatakan almost perfect dibandingkan dengan filem yg dlm format "live-action"...

aku rasa Hollywood mula pandang serius pengaruh anime ni sejak diaorang mula ciplak plotline2 filem korea dan jepun...

trend "anime style" ni pun aku tengok dah mula convolve dgn film2 dari Hollywood mcm Kill Bill ngan Matrix...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2007 12:45 PM | Show all posts
Originally posted by king_kong at 3-1-2007 05:16 PM
tapi bagi aku...anime jepun ni lebih memberi impak dari segi emosi walaupun hanya dlm bentuk animasi..mungkin disebabkan absolute control ke atas plotline dan karekter personaliti, anime2 yang diarahkan oleh pengarah2 berbakat macam Satoshi Kon, Osamu Tezuka dan Hayao Miyazaki dikatakan almost perfect dibandingkan dengan filem yg dlm format "live-action"...

Betul..aku setuju sepenuhnya dengan ko....mcm aku kata filem anime tu dah jadi satu betuk filem...buat apa nak usik lagi...kalau diberi nafas live-action ia samalah dengan Remake....bagaimanapun, apa2 tindakan studio Hollywood sebenarnya berasaskan $$$ semata-mata.....tapi budaya kapitalis biasanya akan cuba hasilkan yg terbaik walaupun matlamat dia berorietasikan keuntungan....


Originally posted by MetalFire at 3-1-2007 03:40 PM
Since mende ni ade kaitan ngan thread yg aku jaga,meh aku bg pendapat sket.


sebenarnya mmg tepat la ayugiler pnye pendapat.orang pon sebenarnya dah kurang idea.\
tp idea from penulis manga ni ...

aku just tak faham kenapa dikatakan "kering idea" ? Sejak dari tahun 30an zaman filem bisu lagi org dah buat filem adaptasi novel....trend adaptasi dah bermula begitu lama....apa sahaja material cerita yg sesuai boleh diadaptasikan kpd filem...Novel, lakonteater, puisi(contoh=illiad), siri tv, comic/manga, pengalaman individu, dan mcm2 lagi(hatta tajuk lagu pun org buat filem, tapi itu bukan material cerita)...

Kalau kita menyedari apa itu filem, kita akan tahu ia tidak bersandarkan kpd idea asli semata-mata....apa saja boleh dijadikan filem asalkan ia adalah material cerita yg sesuai...bagus dan boleh buat untung....

Tiada istilah kering idea dlm buat filem...sebab seni filem adalah seni yg tertinggi dlm banyak cabang2 seni....idea yg boleh terhasil adalah infiniti......

[ Last edited by  GAIA at 4-1-2007 12:52 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2007 07:20 PM | Show all posts
mencabar pendapat aku yer.hmmm gud one.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2007 02:20 AM | Show all posts
nak kate faktor adaptasi ni disebabkan "kekeringan idea" bagi aku agak radikal jugak lah...

industri perfileman dikuasai oleh produser2, bukannya para karyawan filem spt direktor, penulis lakonlayar, penulis skrip dan lelain...

so nak tak nak kenelah para karyawan ni ikut cakap bos2 studio besar neh..macam kata GAIA, kebanyakkan studio2 besar ni tak pedulik pun pasal seni perfileman..selagi filem yg diaorang nak produce dan distribute ni ada box-office value, diaorang akan buat apa sahaja...kalau diaorang rasa dgn ada Paris Hilton jadi heroin boleh attract wider audience, diaorang akan buat..even kalau filem tu filem arahan David Lynch skalipun (ni contohlah...)

bagi aku sebenarnye ramai jugak direktor2 mainstream Hollywood sebenarnye berbakat, fresh dan original..just diaorang tak dapat nak ketengahkan kreativiti diaorang ni disebabkan terikat dgn kontrak studio...kalau diaorang ade satu idea yg best gile skalipun, tapi kalau bos2 studio besar tak kasi greenlight..tak guna gak....so go indie la jawabnye...indie plak ade disadvantage nyer...tak dapat reach wider audience...audience mereka limited kepada pawagam2 terpilih dan festival filem sahaje..

contohnye mcm walter salles...antara pengarah tersohor brazil selain dari fernando moreiilles...filem motorcycle diary bagi aku antara filem paling penting dlm sejarah perfileman amerika latin...tapi walter salles hanya break into hollywood dengan rendition Hideo Nakata's Dark Water..takkan nak kate Walter Salles kekeringan idea kot? hehe..

so berbalik kepada konteks adaptasi manga/anime ke layar perak neh...

disebabkan anime/manga ni dah ade fan-base sendiri so bila diperkatakan ttg isu "adaptasi ke layar perak" nih akan timbul percanggahan pendapat di antara fanatik dan moderate fan..

moderate fan biasanya mengalu2kan adaptasi neh..bagi mereka ini peluang melihat anime/manga kesayangan mereka dibawa ke medium yang lain manakala fantaik menganggap adaptasi ni, lebih2 lagi jika ianya dari Hollywood hanya akan merosakkan anime/manga kesayangan mereka...

bagi aku...aku takde masalah dengan adaptasi malah aku suka tengok adaptasi...selain dari fantasi kanak2 yang terbawa2 hingga ke dewase nih (aku dulu time kecik2 nak sangat tengok Akira dlm bentuk live-action..sampai skrg hehehe)..nak tengok abiliti pengarah generasi baru cuba mengolah animasi/manga ni ke bentuk live-action agak thrill bagi aku...it's a 50-50 shot..kalau bagus renditionnya, baguslah..kalau tak kene dengan sumber adaptasi..memang filem tu akan jadi teruk gile

eventho mmg obvious intention studio2 besar ni exploit market manga/anime kerana strong fan-base manga/anime ni ade, aku tak rasa adaptasi live-action ni akan merosakkan kredibiliti sumber asal sebab pada pendapat aku...anime/manga dan adaptasi live action adalah 2 bende berbeza...eventho directly related..tapi dari segi apresiasi audien takkan same...ada fan yg suka anime/manga tapi benci adaptasi live-action..ade jugak yg  lagi prefer adaptasi live-action...dan ada jugak yg suka dua2..macam novel2 Stephen King..banyak jer adaptasi novel2 dia ke filem yang teruk2 tapi still tak affect kreativiti penulisan novel seram dia...peminat dia still akan beli novel2 dia even if they hate the fillm adaptation..

aku rasa para mangaka pun tak kisah jika ade production studio nak buat adaptasi karya mereka ke filem...ye lah..sape tak suke kalau dah dibayar berjuta2 kan hehehe...tapi seriously diaorang rasa samada adaptasi manga mereka bagus atau tak takde kene mengene dgn mereka dan kualiti karya mereka...

[ Last edited by  king_kong at 6-1-2007 02:28 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.331813 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list