CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2994|Reply: 2

nak pulihkan sayang suami yg pudar..

[Copy link]
Post time 29-1-2008 06:02 AM | Show all posts |Read mode
Memulihkan sayang suami yang pudar

Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI

Perhubungan suami isteri mempunyai banyak cabarannya. Ada kala suka, ada kala duka. Namun kebijaksanaan kedua-duanya mengatasi segala-galanya. Jika bijak menanganinya maka rumah tangga itu akan bahagia tetapi jika sebaliknya, maka berantakan.

Bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga suami isteri harus sama-sama tahu bagaimana untuk mengukuhkannya. Sekiranya kasih sayang nampak semakin pudar, cepat-cepatlah pulihkannya.

Ini kerana jika dibiarkan, akan terus melarat sehingga mendatangkan masalah yang boleh meruntuhkan bahtera perkahwinan itu.

Teringat kisah seorang kawan yang sedang menghadapi krisis dengan suaminya iaitu Noraini (bukan nama sebenar) dan suami, Ismail (bukan nama sebenar).

Menurut Noraini, mereka tidak bergaduh tetapi dia cuma berasa suaminya tidak menyayanginya lagi. Namun begitu Ismail masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai ayah kepada dua orang anak.

Masalah di sini, Noraini merasakan bahawa agak sukar untuknya menjadi isteri yang terbaik kepada Ismail apabila kasih sayang itu tidak diperoleh.

Kata Noraini, Ismail cuma mahu dirinya bertindak sebagai ibu kepada anak-anaknya dan bukannya sebagai wanita, isteri dan rakan karib.

Namun, Noraini yakin Ismail masih menyayanginya dan sayangnya pada suami juga masih kental seperti awal perkahwinan, cuma masing-masing tidak pandai untuk meluah atau membajai kasih sayang tersebut membuatkan ia semakin pudar.

Inilah antara asam garam kehidupan rumah tangga yang sentiasa berada dalam ranjau dan duri, jika tidak dibaja oleh perasaan dan ikatan yang ada sebaik mungkin, maka ia akan layu dan gugur ke tanah.

Bagi membantu Noraini dan wanita lain yang mengalami nasib sama, berikut beberapa tip yang mungkin boleh memulihkan semula rumah tangganya yang semakin pudar supaya bahagia dan sejahtera.

Apa yang anda boleh dilakukan

- Luahkan masalah yang selama ini dipendam, pilihlah masa yang sesuai untuk berbincang mengenainya.

- Sentiasa mendengar apabila suami bercakap, jangan sesekali memotong atau menyampuk percakapannya. Jadi teman mendengar yang setia.

- Mendahulukan keperluan dan permintaan suami daripada kehendak pihak lain sekali pun anak atau saudara mara.

- Menjauhi kata-kata dan tingkah laku yang boleh menyinggung perasaan suami.

- Bercuti atau menghabiskan masa berdua tanpa anak-anak bagi mengeratkan perhubungan suami isteri.

- Berhias dan memakai bau-bauan untuk suami.

- Berbicara dengan nada lembut dan baik ketika bersama suami.

- Pamerkan wajah riang dan senyuman manis ketika suami pulang.

- Tunjukkan gambar-gambar di saat gembira terutama pada hari perkahwinan dan percutian bersama- sama anak-anak.

- Berusaha untuk melayan suami mengikut kegemaran dan kesukaannya sama ada dari segi makanan dan keperibadian.

- Ketika suami sedang marah, isteri perlu mendiamkan diri kerana akan meredakan kemarahannya dan menghindari daripada pertengkaran.

- Tidak mudah merajuk dan mengeluh tetapi haruslah bersabar terutama ketika hati disakiti oleh suami.

- Selalu berdoa kepada Allah supaya kasih sayang berpaut dan suami kembali kepada kita.

- Fikirkan kebaikan pasangan selama ini. Jangan cari kelemahan tetapi keistimewaan yang ada padanya sehingga jatuh cinta kepadanya dahulu. Ini akan menimbulkan kembali kasih sayang yang mendalam terhadap pasangan.





pada aku la.. kalu katalah aku dah tak suka kan bini aku mungkin perangai dia yg suka whining dan b韙ching dan nagging pot pet pot pet.... dan mungkin aku dah banyak sabar dgn kerenah dia yang mengada ngada... benda2 tu tak jadi apa pun..       however, aku harap insyaallah, bila aku kawin nanti biarlah dapat bini yang sederhana dan kami sama2 understanding dan bahagia doniya akhirat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2008 08:41 AM | Show all posts
amazed..isteri yang pot..pet tu adakalanya bagus..cuba ko bayangkan kalau kedua-dua ni jenis pendiam..camner ko rasa..sunyi ..tambahan kalau belum ada anak...sesuatu hubungan yang kekal salah satunya ialah communication.like me memang bukan yang jenis pot pet, tapi hubby suka pot pet...tapi perkara yang betulllah...walaubagaimanapun sitislam suka sangat..terasa meriah sangat rumah tangga
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2008 08:46 AM | Show all posts
nota kat bawah tu amazed, maksud ko kalau bini tu berusaha tawan hati kau balik pun kau takkan terpaut semula ke?
People make mistakes, tp yg tebaik ialah yg belajar dr kesilapan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.055787 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list