CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4462|Reply: 3

tambah elaun pemain...bola sepak kita dapat naik ka?

[Copy link]
Post time 15-2-2008 11:49 AM | Show all posts |Read mode
Khabar gembira  Oleh Lokman Zainal Abidin
  

ISU berkaitan imbuhan sering menjadi antara tajuk utama setiap kalimembicarakan skuad bola sepak kebangsaan dan tidak kurang juga ada yangpernah menganggap pemain negara seolah-olah tidak mendapat pembelaansepenuhnya.

Semuanya gara-gara elaun latihan serta elaun luarnegara yang dikatakan terlalu rendah yang menjadi antara faktor pemaintidak bersemangat dan longlai di padang.

Sedar dengan hakikatitu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil keputusan untukmenaikkan kedua-dua elaun itu buat semua pemain bola sepak serta futsallelaki dan wanita kebangsaan.

    Keputusan mesyuarat exco badan induk itu  4 Februari lalu dan ia berkuatkuasa serta merta.



"Kami berharap dengan kenaikan elaun latihan serta elaun luarnegara ini akan membantu meningkatkan lagi semangat dan kesungguhanpemain ketika beraksi dalam mana-mana kejohanan.




"Mungkin kenaikan itu tidaklah sebesar mana tetapisekurang-kurangnya pemain perlu melihat kepada kesungguhan FAM untukmenaikkan semula imej bola sepak negara yang teruk tercalar sejakkebelakangan ini.

"Kami di FAM memang serius membangunkansemula bola sepak Malaysia dan kami melihat kenaikan elaun latihanserta elaun luar negara itu sebagai faktor yang mampu menyumbang kepadahasrat itu," kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzudin Ahmad (gambar).

Bagaimanapun, elaun latihan dalam negara buat pemain bola sepakkebangsaan tidak berubah dan kekal pada kadar RM100 sehari dan jumlahsama akan turut dinikmati pemain futsal kebangsaan yang sebelum inihanya menerima RM30 sehari.

Elaun pertandingan luar negara puladinaikkan kepada RM300 berbanding RM200 sebelum ini dan jumlah itu akandinikmati sama rata.

Elaun lain yang turut dinaikkan ialah elaun pertandingan dalam negara daripada RM100 ke RM200.

"Apa yang mereka mahu telah kami tunaikan dan berharap tidak akan adalagi sebab untuk mereka longlai di atas padang selepas ini," katanya.




sumber: www.hmetro.com.my


sehari seratus pun tak cukup dah tambah lagi....


agak2 akan naik rangking or menuju kehancuran pasukan malaysia ni????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2008 12:08 PM | Show all posts
bayar mahai2 pastuh tak kemana tak guna jugak............ baik ikut performance, kalau performance ok baru tambah + bonus ......
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2008 05:31 AM | Show all posts
kenapa tak turunkan elaun.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2008 04:06 AM | Show all posts
kalo naikkan elaun...lagi naik tocang la deme ni

watpe nak manjakan dengan emas, baik suh diorang mandi lumpur dulu

baru dorang boleh hargai ape tu emas...

eh, paham ke ni hmy3:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.061380 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list