CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3569|Reply: 4

Isu Baricade Bdr Mahkota Cheras

[Copy link]
Post time 23-4-2008 09:24 AM | Show all posts |Read mode
Penduduk berkawal elak tembok dibina semula

Oleh A. JAILANI ABDULLAH

KAJANG 22 April - Drama pembukaan jalan yang menghubungkan Bandar Mahkota Cheras dengan Lebuh raya Cheras-Kajang tidak terhenti setakat semalam walaupun tembok penghadang yang menjadi punca isu sudah dipecahkan.

Hari ini, penduduk-penduduk taman perumahan itu berkumpul lagi beramai-ramai di kawasan tembok yang dipecahkan itu sehingga menarik perhatian para pemandu di lebuh raya itu.

Pihak polis juga datang mengawasi keadaan tetapi tiada kejadian buruk berlaku.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Buka Jalan Bandar Mahkota Cheras, Tan Boon Wah berkata, mereka berkumpul di situ kerana mendengar khabar angin bahawa pemilik konsesi lebuh raya itu, Grand Saga Sdn. Bhd. mahu membina semula tembok itu.

"Kami berkumpul di sini kerana mendengar desas-desus bahawa ada usaha untuk mendirikan semula tembok penghadang di sini.

"Kami membantah sebarang tindakan untuk menutup semula jalan ini yang merupakan jalan utama ke taman perumahan ini," katanya ketika ditemui hari ini.

Difahamkan, beberapa penduduk mengambil cuti kecemasan sejak semalam bagi memastikan tembok penghadang yang dipecahkan itu tidak dibina semula oleh Grand Saga.

Semalam, penduduk-penduduk Bandar Mahkota Cheras memecahkan tembok penghadang yang dibina berdekatan dengan lampu isyarat di Kampung Batu 10, Cheras menggunakan jentera berat.

Walaupun cuba dihalang dan ditenteram oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Datuk Hasan Nawawi Abdul Rahman tetapi penduduk berkeras dan meneruskan usaha memecahkan tembok itu.

Persiaran Mahkota Cheras ditutup sebaik sahaja siap dibina pada Oktober 2005.

'Pembukaan' jalan itu mulai semalam membolehkan penduduk-penduduk Bandar Mahkota Cheras dan sekitarnya menggunakan laluan tersebut untuk masuk ke Lebuh Raya Cheras-Kajang dari susur keluar persimpangan Bandar Tun Hussein Onn dan Kampung Batu 10, sekali gus tidak perlu membayar tol di Plaza Tol Batu 11.

Bagaimanapun, pembukaannya menimbulkan keadaan kelam-kabut di persimpangan itu kerana sistem lampu isyarat di situ tidak diprogramkan untuk kenderaan keluar dari Bandar Mahkota Cheras.

Pemandu dilihat memandu keluar dari persimpangan itu semasa lampu untuk kenderaan dari Kampung Batu 10 bertukar ke hijau.

Difahamkan, tembok penghadang itu dibina oleh Grand Saga setelah pihak pemaju Bandar Mahkota Cheras, Narajaya Sdn. Bhd. gagal membayar pampasan yang dituntut olehnya.

Pampasan itu, yang dipersetujui bersama dan ditetapkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) adalah sebagai ganti rugi kepada Grand Saga untuk membenarkan jalan utama di Bandar Mahkota Cheras itu dibuka dan penduduk-penduduk sekitar tidak perlu membayar tol.

Kadar tol pada ketika ini ialah 90 sen.

"Kami menuntut penjelasan adakah Grand Saga mempunyai kuasa untuk menutup jalan ini.

"Bandar Mahkota Cheras telah mendapat kelulusan MPKj (Majlis Perbandaran Kajang) pada 1994 manakala Lebuh Raya Cheras-Kajang hanya dibuka pada tahun 1997.

"Kami ingin bertanya kepada MPKj, mengapa sijil layak menduduki diberikan kepada Bandar Mahkota Cheras jika jalan utamanya tidak dapat digunakan," ujar Boon Wah lagi.

Penutupan jalan itu menyebabkan penduduk-penduduk Bandar Mahkota Cheras dan sekitarnya tidak mempunyai pilihan lain selain menggunakan jalan Sungai Long yang sempit dan sememangnya sesak teruk.

"Penduduk-penduduk di sini terpaksa keluar seawal pukul 5.30 pagi untuk menghantar anak ke sekolah menggunakan jalan Sungai Long kerana keadaannya yang sesak.

"Anak-anak yang pulang dari sekolah pada waktu petang pula sampai ke rumah pada sekitar pukul 8.00 malam," dakwa Boon Wah.

"Cukuplah penduduk-penduduk di sini terseksa. Kami membeli rumah dan membina perniagaan di sini kerana sebelum ini pelan induknya menyatakan terdapat laluan alternatif untuk keluar dan masuk ke sini," katanya lagi.

Sementara itu, seorang pegawai Grand Saga yang dihubungi berkata, mereka masih menyiasat perkara itu dan akan membina semula tembok penghadang di kawasan itu.

[ Last edited by  t@t at 24-4-2008 11:11 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-4-2008 09:25 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2008 09:26 AM | Show all posts
Penduduk bimbang syarikat konsesi tutup semula laluan

Oleh SHAH NIZAM OMAR
shahnizam.omar@kosmo.com.my


KEADAAN jalan yang mula digunakan selepas penduduk sekitar Taman Bukit Mahkota bertindak mengalihkan penghadang konkrit di Cheras, Kajang semalam.

KAJANG - Berang dengan sikap pemaju perumahan dan pihak konsesi menyelesaikan masalah penutupan jalan di Taman Bukit Mahkota, kelmarin penduduknya, mengambil tindakan merobohkan penghadang konkrit yang ada bagi membolehkan mereka menggunakan laluan tersebut.

Jalan yang siap dibina sejak dua tahun lalu itu, merupakan jalan pintas kepada beberapa penduduk seperti Taman Rakan dan Bandar Sungai Long untuk ke pusat bandar.

Kelmarin, beberapa penduduk di situ telah mengambil keputusan drastik membuka laluan tersebut dengan menggunakan jentera berat dan ternyata kebanyakan penduduk yang ditemui berasa gembira walaupun tindakan tersebut disifatkan sebagai 'menceroboh'.

Tinjauan Kosmo! semalam mendapati masih ramai penduduk di kawasan tersebut berasa bimbang memandangkan pihak konsesi berkenaan ingin menutup semula jalan yang telah dirobohkan.

Seorang penduduk, Lee Ywe Sing, 51, memberitahu, penduduk di kawasan itu masih berasa bimbang dengan tindakan pihak konsesi untuk menutup semula jalan tersebut walaupun telah dirobohkan.

"Pada mulanya kami semua rasa lega dengan pembukaan jalan ini tetapi setelah mendengar ura-ura jalan ini akan ditutup semula ternyata telah menimbulkan kemarahan penduduk," katanya.

Ywe Sing menambah, beliau bersama penduduk yang lain akan tetap berada di kawasan itu memantau sehingga perkara itu dapat diselesaikan dengan baik oleh mereka terlibat.

"Buktinya sejak pagi sehingga kini (petang) kami tetap berada di sini bagi memastikan mereka (pihak konsesi) tidak membuat apa-apa dengan jalan yang telah dirobohkan ini," katanya.

Kosmo! sebelum ini pernah melaporkan kesulitan yang dialami oleh penduduk dan dipercayai pihak konsesi akan mengalami kerugian jika pemaju perumahan di kawasan berkenaan membukanya kerana penduduk terpaksa melalui dua tol sebelum sampai ke pusat bandar.

[ Last edited by  t@t at 23-4-2008 10:14 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2008 10:08 AM | Show all posts
br 2 ari lepas lalu jalan ni
nk pegi ambk org kat seksyen 1 kalo x silap
btol la jalan ni
abg kte plak, tggl kat seksyen 6..aiyakkk
susah la depa nnt ek
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 09:44 AM | Show all posts
Two held at protest over re-barricading of access road
Charles Ramendran

KAJANG (May 7, 2008): Two men were arrested by police today for pelting highway workers with stones during a protest Bandar Mahkota Cheras residents against the closure of a toll-free access road from their area to the Kajang-Cheras Highway.

The protest has been an ongoing issue over the last four years after the highway concessionaire closed the access road built by a housing developer.

On April 21, the residents took the law into their own hands by removing the concrete barricades with the use of heavy machinery.

Today, about 500 residents gathered at the site again to protest against the re-barricading of the access road by workers in the evening in the presence of dozens of policemen who were there to ensure that no untoward incidents occurred.

However, when the workers went to work, they were pelted with stones by several people in the crowd.

"Our intention was not to use any force. We we there to ensure the safety of the workers who were only doing their job. There was no need for this," said Kajang police chief ACP Shakaruddin Che Mood.

He said the two men were arrested after they were suspected to have thrown stones at the workers, which resulted in one of them being slightly injured.

He said police are investigating if the two men are Bandar Mahkota Cheras reisents or outsiders.

Although the workers succeeded in placing the concrete barriers, they were removed by the residents again at about 8pm.

.. akhirnya dalam pkl 11 mlm tadi.. kekerasan terlaksana
penduduk lawan pemegang konsesi toll.. rakyat terpaksa ditembak dgn pemedih mata dan water canon
polis belah mana tu????

polis buat lagiiii....

1st kg berembang
2nd hindraff
3rd.. penduduk cheras mahkota

rakyat makin marah????
tak sabar rasanya nak jatuhkan BN nehh
terima kasih Polis Raja di Malaysia
mempercepatkan proses tukar kerajaan

[ Last edited by  sudugarpu at 9-5-2008 09:46 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.418084 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list