CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1303|Reply: 0

[Johor] Seludup heroin guna tong ikan ke Hong Kong, ahli sindiket di Johor dan Selangor ditahan

[Copy link]
Post time 12-11-2021 11:27 AM | Show all posts |Read mode


JOHOR BAHRU, 12 NOV: Polis menumpaskan kegiatan satu sindiket antarabangsa yang menyeludup heroin menggunakan tong ikan seberat 1.3 tan ke Hong Kong, dalam beberapa serbuan dan tangkapan di sekitar negeri ini, Sabtu lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Razarudin Husain berkata sindiket yang telah beroperasi sejak akhir tahun lepas itu menyasarkan pasaran Hong Kong, dan is dipercayai telah sembilan kali menggunakan modus operandi yang sama.

Beliau berkata 12 warga tempatan termasuk seorang wanita, berusia 36 hingga 53 tahun dipercayai terlibat dengan sindiket berkenaan, turut ditahan dalam empat serbuan yang diadakan serentak di Kajang, Selangor serta Gelang Patah, Iskandar Puteri dan Pekan Nanas, Pontian.

“Modus operandi yang digunakan adalah dengan menyembunyikan dadah yang dibungkus nipis sebelum diletakkan di bahagian bawah tong ikan sejuk beku untuk dieksport menggunakan kargo udara ke Hong Kong.

“Berdasarkan siasatan, rampasan yang melibatkan 20.41 kilogram dadah jenis heroin bemilai RM1.9 juta itu merupakan kali kesembilan sindiket ini membuat penghantaran ke Hong Kong,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor. Turut dihadiri ialah Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Razarudin berkata modus operandi ini merupakan yang pertama kali dikesan, yang menyaksikan mereka membawa dadah berkenaan masuk melalui sempadan utara tanah air, sebelum dibawa ke sebuah rumah di Pekan Nanas, Pontian untuk dibungkus dan dihantar ke Hong Kong melalui kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

“Dadah berkenaan juga dibungkus dengan bungkusan nipis seberat antara 270 gram hingga 275 gram setiap satu. Teknik berkenaan membolehkan mereka melepasi saringan syarikat kargo,” katanya.

Beliau berkata sindiket berkenaan dipercayai turut menggunakan khidmat syarikat lain yang berdaftar serta mempunyai lesen menjalankan kegiatan import ikan sejuk beku, untuk melindungi kegiatan mereka, bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.

“Siasatan lanjut mendapati tujuh daripada mereka mempunyai rekod jenayah Iampau bersabit jenayah dan dadah manakala seorang daripada mereka didapati positif dadah jenis methamphetamine. Polis turut merampas beberapa aset sindiket terbabit antaranya kenderaan, wang tunai, wang dalam akaun, barang kemas dan jam tangan, semuanya dianggarkan bernilai RM710,851.98,” tambahnya.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.896416 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list