CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 747|Reply: 1

[Wilayah Persekutuan] Duit Tabung Haji hilang RM3 juta angkara Macau Scam

[Copy link]
Post time 7-4-2022 03:39 PM | Show all posts |Read mode

Mohd. Kamarudin.


PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengingatkan orang ramai agar tidak tertipu dengan taktik sindiket penipuan Macau Scam yang dikesan telah berjaya menipu mangsa melalui akaun Tabung Haji sehingga kerugian kira-kira RM3 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, mangsa ditipu apabila kemudahan fasiliti perbankan internet Tabung Haji dihubungkan dengan bank-bank konvensional lain.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa telah memberikan maklumat perbankan kepada individu tidak dikenali melalui panggilan telefon.

“Hal ini mengakibatkan duit dalam akaun bank mangsa serta wang daripada akaun Tabung Haji yang dihubungkan bersama turut hilang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Kamarudin memaklumkan polis telah mengesan sebanyak 65 kes berhubung modus operandi Macau Scam terbabit.

“Dalam pada itu, 65 kes tersebut menyebabkan mangsa mengalami kerugian keseluruhan berjumlah RM3,599,275,” katanya.

Orang ramai diingatkan supaya tidak menyerahkan maklumat perbankan kepada individu yang tidak dikenali, sebarang nasihat atau maklumat lanjut boleh menghubungi CCID Scam Response Center di talian 03-26101559/1599. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... angkara-macau-scam/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2022 08:53 AM | Show all posts
boleh ke kalau kita nak memutuskan. hubungan THaji dengan bank2 lain tu? Kalau boleh macam mana caranya?

Tapi susah lah nak masukkan duit ke TH.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.059545 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list