CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 921|Reply: 1

MOF pantau kesan kenaikan OPR terhadap pinjaman pengguna

[Copy link]
Post time 8-8-2022 09:45 PM | Show all posts |Read mode
MOF pantau kesan kenaikan OPR terhadap pinjaman pengguna


BANK Negara Malaysia. FOTO Arkib NSTP


Kuala Lumpur: Kementerian Kewangan (MOF) sedang memantau kesan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) ke atas jumlah bayaran balik pinjaman pengguna, kata Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Mohd Shahar Abdullah.

Beliau berkata, pada masa sama, MOF menerusi Bank Negara Malaysia (BNM) turut meningkatkan usaha memberi pemahaman kepada orang ramai mengenai kenaikan OPR tersebut.

Menurutnya, keputusan BNM menaikkan OPR sebanyak 50 mata asas kepada 2.25 peratus berbanding 1.75 peratus itu juga diambil apabila petunjuk ekonomi dalam keadaan yang baik.

"Apabila petunjuk ekonomi seperti kadar pengangguran menurun dan pelaburan langsung asing (FDI) meningkat, BNM akan menaikkan OPR.

"Jumlah kenaikan OPR ini jika dibandingkan dengan keadaan sebelum pandemik juga masih terkawal.

"Justeru, Kementerian Kewangan melalui BNM sedang pergiatkan usaha untuk memberi pemahaman kepada rakyat melalui tindakan (kenaikan OPR) di media masa dan media sosial," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Nuridah Mohd Salleh mengenai kenaikan OPR dan usaha MOF memberi kefahaman mengenainya kepada rakyat.

Nuridah turut bertanya mengenai tempoh jangkaan ekonomi negara berada dalam situasi inflasi dan apakah benar ekonomi kini ke arah hiperinflasi.

Menjelaskan perkara itu, Mohd Shahar berkata kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah bagi mengawal peningkatan harga barangan dan perkhidmatan keperluan asas termasuk kawalan harga bagi barangan dan perkhidmatan terpilih.

Ini khususnya melalui pemberian subsidi harga bahan api dan makanan terpilih serta rebat elektrik untuk pengguna domestik yang telah membantu memastikan kadar inflasi negara bagi Jun 2022 di tahap sederhana berbanding negara lain.

Beliau berkata, kadar inflasi mencatat 3.4 peratus pada Jun 2022, didorong oleh kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol (6.1 peratus), pengangkutan (5.4 peratus) serta restoran dan hotel (5.0 peratus).

"Langkah ini seterusnya dapat mengelakkan hiperinflasi iaitu apabila kadar inflasi kekal pada tahap sangat tinggi dari satu bulan ke satu bulan sehingga boleh menghakis nilai mata wang sesebuah negara.

"Selain itu, dasar fiskal dan dasar monetari semasa juga kekal akomodatif dalam memastikan inflasi negara berada pada tahap yang terkawal," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/bisnes ... p-pinjaman-pengguna

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2022 11:21 PM | Show all posts
pantau dan pong pang pong pang abuk pun tarak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73582 Replies : 318
Orang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Alam Rugi Lebih RM4 Juta Akibat Skim Pelaburan Palsu Di Facebook
YgBenarOrang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Al
Views : 9003 Replies : 15
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 4675 Replies : 1
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 198215 Replies : 4627
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 6947 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74422 Replies : 2988
UK dilanda cuaca panas melampau 26 darjah celcius
YgBenarUK dilanda cuaca panas melampau 26 darja
Views : 6467 Replies : 8
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30249 Replies : 221
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 104194 Replies : 2890
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56329 Replies : 149

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 12:13 PM GMT+8 , Processed in 0.050279 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list