CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 346|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Tangguh aktiviti riadah di kawasan berisiko

[Copy link]
Post time 10-10-2022 04:09 PM | Show all posts |Read mode

Nor Hisham Mohammad

Kuala Lumpur: Orang ramai yang berhasrat untuk melakukan aktiviti riadah di kawasan berisiko tinggi ketika ini dinasihatkan supaya menangguhkan hasrat itu susulan cuaca yang tidak menentu.

Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, sebaiknya perancangan berkenaan ditunda terlebih dahulu.

"Namun jika tidak boleh tunda, kita kena peka dengan keadaan sekeliling dengan mengenal pasti tanda-tanda awal kepala air, sentiasa melihat perkembangan cuaca semasa serta perlu berhati-hati dalam setiap aktiviti dilakukan.


"Sekiranya mahu beriadah di sungai atau kawasan jeram, orang ramai perlu peka dengan keadaan sekeliling termasuk petanda awal kepala air seperti air yang jernih tiba-tiba menjadi kotor, banyak kayu serta sampah.

"Selain itu, individu yang mahu berkelah berhampiran sungai juga disarankan supaya memasang khemah jauh lebih tinggi dari kawasan air dan memantau paras air dengan kerap," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas mengenai persediaan pasukan bomba dalam menangani bencana banjir dan bencana lain yang berkaitan, Nor Hisham memaklumkan pihaknya sudah membuat persediaan teliti bagi memberikan respons lebih cepat.

"Buat masa ini, kami banyak melakukan pemantauan di lokasi yang merekodkan kenaikan paras air dengan menempatkan pasukan bagi melakukan rondaan di kawasan berkenaan.

"Pada masa sama, kami juga menempatkan pasukan membuat rondaan di kawasan berdepan fenomena banjir berulang seperti di Baling, Kedah," katanya.

Terdahulu, media melaporkan empat negeri dilanda banjir sehingga jam 4 pagi tadi berdasarkan data dikeluarkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Empat negeri yang terbabit adalah Kedah, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... di-kawasan-berisiko
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.047375 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list