CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 300|Reply: 1

Jumlah Jururawat Berdaftar Melebihi 5.2 Juta, China Nak Tambah Lagi 3 Juta

[Copy link]
Post time 12-5-2023 05:44 PM | Show all posts |Read mode
China merekod jumlah jururawat berdaftar melepasi angka 5.2 juta setakat hujung tahun lalu.


Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC) dalam satu sidang media pada Khamis turut memaklumkan bahawa jururawat menyumbang lebih separuh daripada keseluruhan petugas perubatan dan kesihatan di China.




Gambar hiasan/The China Project




"Dalam tempoh sedekad lalu, bilangan jururawat di seluruh negara secara puratanya meningkat sebanyak lapan peratus setahun, dengan tambahan kira-kira 300,000 saban tahun.


"Kelayakan akademik dan keupayaan perkhidmatan profesional mereka juga semakin meningkat," kata Timbalan Pengarah Jabatan Pentadbiran Perubatan NHC, Xing Ruoqi, dalam sesi taklimat menjelang sambutan Hari Jururawat Sedunia.


Menurut beliau, pendekatan bersepadu akan terus diambil untuk menggalakkan lebih ramai individu menceburi perkhidmatan kejururawatan.


"China menyasarkan jumlah jururawat bertambah kepada 5.5 juta menjelang 2025, antaranya yang bertugas di peringkat akar umbi mencatat 1.2 juta.


"rogram latihan akan ditawarkan untuk meningkatkan perkhidmatan kejururawatan klinikal, khususnya kepakaran dari segi geriatrik, pediatrik, penjagaan kritikal dan kecemasan, penyakit berjangkit serta pemulihan," kata Xing.




Sumber: BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2023 05:59 PM | Show all posts
Artikel yang cukup bagus. Saya hanya ingin memberitahu anda betapa saya suka membaca artikel di blog anda.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 03:09 PM GMT+8 , Processed in 0.064833 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list