CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 184|Reply: 0

Lego Sam 'raja' breakdance

[Copy link]
Post time 16-5-2023 05:31 PM | Show all posts |Read mode

AKSI menarik Jee Lek dalam acara akhir Dance Sport (Breaking) di Stadium Nasional Olimpik, Phnom Penh. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali

Phnom Penh: Kem sukan tari meniup tirai temasya Sukan Sea Kemboja dengan kenangan terindah apabila membawa pulang pingat emas dalam acara final 'breakdance' yang berlangsung di Kompleks Sukan Stadium Nasional Olimpik sebentar tadi.

Penari breakdance negara Sam Jee Lek atau digelar 'Lego Sam' dilihat sukar digugat di pentas Asia Tenggara sekali gus memenangi emas dengan menumpaskan wakil dari Thailand Kantapon Rodsaarat 3-0.

Seorang lagi peserta Thailand Chinavut Chantarat membawa pulang gangsa selepas mengatasi wakil dari Filipina Yer Lord Ilyvm Losinio Gabriel 2-1.

Sementara itu, Jee Lek berkata, kepayahan yang diharungi dengan terpaksa menjalani latihan secara bersendirian tanpa mempunyai pasukan lengkap seperti jurulatih dan pegawai perubatan bukanlah masalah untuk mengekalkan pingat emas yang dimenanginya di Sukan Sea Filipina 2019.

"Saya lihat untuk Sukan Sea ini sememangnya berusaha keras sejak awal tahun lagi dengan melakukan latihan setiap tahun demi mengharumkan nama Malaysia.

" Apa yang boleh saya katakan, semua persediaan sendiri tanpa pasukan yang lengkap namun terima kasih kepada Majlis Sukan Negara (MSN) yang ada memberikan bantuan kewangan.

"Kemenangan ini saya tujukan kepada semua pihak yang banyak membantu terutamanya keluarga dan rakan yang sentiasa menyokong untuk pastikan sukan tari membawa pulang emas untuk negara," katanya.

Mengikut rekod, emas dimenangi Jee Lek adalah yang kedua selepas kali pertama meraihnya di temasya Sukan Sea Filipina 2019.

Sementara itu, Jee Lek berkata, walaupun dia terpaksa mengharungi saingan daripada peringkat awal hingga final dalam tempoh dua jam saja namun itu bukanlah masalah besar memandangkan pesaing lain turut berhadapan cabaran yang sama.

"Paling penting adalah perlu mengekalkan stamina dan sentiasa fokus pada tarian supaya memenuhi kriteria ditetapkan juri," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... sam-raja-breakdance
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.096112 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list