CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 285|Reply: 0

[Perlis] Polis tumpaskan Sindiket Bang-Sun

[Copy link]
Post time 25-7-2023 03:09 PM | Show all posts |Read mode

SHOKRI (kiri) menunjukkan barangan yang dirampas daripada suspek termasuk gambar suspek selepas menahan 17 pendatang asing tanpa izin. FOTO Aizat Sharif

Padang Besar: Polis berjaya melumpuhkan sindiket pemerdagangan manusia di sekitar Padang Besar Sindiket Bang-Sun, selepas memberkas seorang 'tekong darat' dan menahan sembilan pendatang asing tanpa izin (Pati) di Titi Tinggi, di sini Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Mohd Shokri Abdullah berkata, dalam kejadian jam 11 malam itu, polis daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) yang sedang melakukan rondaan dan pemantauan terserempak kereta jenis Honda Civic FD berwarna putih, Proton Persona berwarna merah dan sebuah motosikal Honda EX5 berwana biru gelap sedang melalui sebuah jalan tar di Kubang Menerung, Titi Tinggi, di sini.

"Keadaan kenderaan berkenaan mencurigakan apatah lagi melalui laluan sunyi pada waktu itu dan kita segera menahan kenderaan berkenaan, bagaimanapun pemandu kereta Proton Persona dan penunggang motosikal berkenaan berjaya melarikan diri.

"Kita kemudian menahan lelaki yang memandu kereta Honda Civic FD dan pemeriksaan dalam kereta itu tidak menjumpai apa-apa, bagaimanapun apabila bahagian but dibuka, kita menjumpai seorang lelaki dipercayai warga asing," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar, di sini hari ini.

Katanya, pemeriksaan terhadap kereta Proton Persona itu pula turut menemui lapan lagi lelaki warga asing di tempat duduk hadapan dan belakang kereta itu.

"Berdasarkan siasatan awal, kami mendapati suspek adalah seorang lelaki berusia 41 tahun berasal dari sekitar daerah Padang Besar dan melakukan pelbagai pekerjaan.

"Suspek dipercayai dibayar sindiket geng berkenaan sebanyak RM200 untuk seorang Pati sebagai komisyen bagi membawa mereka ke negara ini dan semakan rekod kami juga mendapati suspek mempunyai enam rekod jenayah lampau membabitkan penyalahgunaan dadah dan jenayah," katanya.

Beliau berkata, Pati yang berusia 21 hingga 46 tahun itu dipercayai dibawa masuk sindiket berkenaan dengan mengenakan bayaran sebanyak RM7,000 setiap seorang menerusi 'laluan tikus' yang terdapat di sempadan Malaysia-Thailand di sekitar Padang Besar.

"Setakat ini, siasatan kami juga mendapati kereta Proton Persona yang digunakan itu didaftarkan kepada seorang lelaki yang beralamat di Johor Bahru dan Pati yang ditahan itu hendak dibawa ke negeri jiran untuk berkhidmat sebagai buruh.

"Suspek direman 28 hari bagi siasatan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 manakala Pati yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/53," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-sindiket-bang-sun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.063337 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list