CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 194|Reply: 0

[Perlis] 'Jangan berhenti belajar, tumpu TVET'

[Copy link]
Post time 26-7-2023 05:53 PM | Show all posts |Read mode
'Jangan berhenti belajar, tumpu TVET'


BERNAMA





Kangar: Generasi muda khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dinasihatkan agar tidak terlampau bergantung dengan ekonomi gig dalam membina kerjaya, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud.

Beliau berkata segmen ekonomi gig memberi sumber pendapatan, namun anak muda tidak boleh terlalu bergantung dengannya sebab tidak tahu berapa lama ia akan kekal.

"Kita tidak tahu sampai bila ekonomi gig ini akan bertahan, jika dilihat sekarang ini permintaan terhadap penghantaran barang (e-hailing) umpamanya semakin berkurangan.

"Adalah wajar bagi golongan muda memberi tumpuan kepada usaha mendapatkan sijil seperti kemahiran menerusi Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) atau (melanjutkan pelajaran) di institusi pengajian tinggi (IPT)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Outreach TVET MADANI Jom Pilih Kemahiran Zon Utara 2023 di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Pembangunan Kemahiran Dr Mohd Yusoff Abu Bakar dan Pengarah Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kangar Mohd Yusri Mohd Rahim.

Mustapha berkata banyak peluang melanjutkan pelajaran disediakan kerajaan dan pihak swasta.

"Jangan berhenti belajar, golongan muda yang ingin bekerja selepas SPM masih boleh menyambung pelajaran mereka secara separuh masa atau pada hujung minggu," katanya.

Menurutnya berdasarkan data Jejak TVET yang dijalankan pihaknya, 95 peratus daripada golongan muda yang menyertai TVET mendapat pekerjaan atau menjadi usahawan.

"Sasaran kementerian ialah melahirkan 35 peratus tenaga kerja mahir menjelang 2030, namun setakat ini kita masih di tahap 28 peratus dan ini agak membimbangkan kerana tenaga mahir yang tak mencukupi untuk mencapai negara maju," katanya.

Beliau berkata pihaknya juga sedang berusaha mencapai sasaran untuk menandatangani 50 perjanjian persefahaman (MoU) dengan pemain industri bagi segmen TVET negara menjelang hujung akhir tahun ini.

Katanya dengan MoU tersebut pelajar TVET dapat kepakaran dan pendedahan teknologi terbaharu bagi memenuhi keperluan industri masa kini.



Disiarkan pada: Julai 26, 2023 @ 4:29pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.054516 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list