CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1110|Reply: 0

[Perlis] 3 ditahan cuba seludup 1,300 liter diesel subsidi guna 3 pikap

[Copy link]
Post time 15-8-2023 04:24 PM | Show all posts |Read mode

Tiga pikap dirampas selepas digunakan untuk menyeludup diesel subsidi. (Foto kecil) Hos untuk tujuan pengisian bahan api ke tangki diubahsuai pada pikap. - Foto ihsan polis

PADANG BESAR: Polis merampas 1,300 liter diesel bersubsidi yang cuba diseludup menggunakan tiga pikap ke negara jiran ketika cuba melepasi sekatan jalan raya kira-kira dua kilometer dari Pos Imigresen Wang Kelian, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.35 pagi itu, polis turut menahan dua lelaki dan seorang wanita yang memandu tiga pikap berasingan dilengkapi tangki diubahsuai khusus untuk memudahkan aktiviti penyeludupan bahan api.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, tiga pikap mencurigakan itu ditahan ketika cuba melepasi sekatan jalan raya Pasukan Gerakan Am (PGA) itu.

Hasil pemeriksaan, katanya, anggota menemukan tangki besi yang diubahsuai berserta hos pada pikap berwarna putih yang dipandu lelaki berusia 50 tahun, yang kemudian disahkan mengandungi 500 liter diesel disyaki subsidi.



"Pemeriksaan lanjut turut menemukan tangki sama pada dua lagi pikap dipandu lelaki berusia 38 tahun dan wanita warga asing berusia 23 tahun yang masing-masing mengandungi 400 liter diesel subsidi.

"Susulan itu, semua pikap bersama tiga pemandunya ditahan untuk tindakan lanjut selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran dan kelulusan berkaitan menyimpan dan memiliki diesel bersubsidi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Nilai rampasan keseluruhan membabitkan diesel subsidi dan pikap dianggarkan RM154,000 dan suspek serta rampasan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk siasatan lanjut.
https://www.bharian.com.my/berit ... ubsidi-guna-3-pikap

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.062386 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list