CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3492|Reply: 2

[Politik] Pelepasan Zahid beri kekuatan buat Umno - penganalisis politik

[Copy link]
Post time 8-9-2023 10:18 AM | Show all posts |Read mode
Pelepasan Zahid beri kekuatan buat Umno - penganalisis politik
Haspaizi Zain
Diterbitkan:  Sep 8, 2023 9:30 AM



Penganalisis politik menyifatkan keputusan mahkamah melepaskan tanpa membebaskan Ahmad Zahid Hamidi akan memberi kekuatan kepada perpaduan Umno.

Ia selepas presiden Umno itu berdepan pelbagai tanggapan buruk termasuk daripada segelintir pihak dalam Umno yang cuba mengambil kesempatan terhadap apa yang dikatakan sebagai "pendakwaan terpilih" oleh penyokong Zahid.

Prof Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata, keputusan kes itu menjadi momentum untuk kebangkitan Umno.

"Apabila dibersihkan oleh Pejabat Peguam Negara (AGC), ia satu momentum untuk ahli Umno bangkit. Benda ini (kes Zahid) tidak lagi menjadi isu, propaganda politik yang cuba mengaibkan presiden Umno. Kita dapat lihat bahawa yang ini sudah dibuktikan oleh mahkamah.

"AGC dan mahkamah setuju, ini keputusan tertinggi yang perlu dihormati, pihak pendakwa raya lebih tahu tugasnya.

"Apabila ini berlaku kita kena hormat keputusan mahkamah, tak boleh persoal, tak dilepaskan bercakap lain, bila dilepaskan cakap lain bergantung parti disokong. Tak boleh begitu.

"Proses undang-undang telah dilalui, proses mahkamah perlu dihormati," katanya kepada Malaysiakini.

Pada 4 Sept lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, membuat keputusan melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Keputusan itu dibuat Hakim Collin Lawrence Sequerah, selepas membenarkan permohonan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar, ketika kes itu sedang berada peringkat prosiding bela diri.

Susulan pembebasan itu, pemimpin DAP menuntut penjelasan AGC. Nada sama juga turut disuarakan pemimpin Amanah dan juga PKR.

Sementara Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga ahli parlimen Muar mengancam untuk menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Zahid bukan orang pertama

Mengulas lanjut, Awang Azman berkata Zahid bukanlah figura pertama yang dilepaskan ketika pertuduhan telah mempunyai prima facie ataupun diarah membela diri.

Katanya, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli misalnya pernah dituduh di mahkamah dan diarah membela diri, namun akhirnya timbalan pendakwa raya menarik balik pertuduhan dan dia dilepas serta dibebaskan mahkamah.

Rafizi dituduh dan diarah membela diri berhubung dakwaannya terhadap Tabung Haji (TH) melalui artikel bertajuk ‘Analisa Kewangan Tabung Haji 2009-2015’ yang disiarkan di Facebooknya pada 9 Februari 2016.

Sementara itu, Awang Azman berkata keputusan DNAA kes Zahid adalah keputusan mahkamah yang perlu dihormati semua pihak.

"Satu lagi sangat penting, keputusan DNAA adalah keputusan mahkamah. Timbalan pendakwa raya hanya membuat permohonan untuk hentikan prosiding.

"Keputusan tersebut diberi mahkamah selepas pihak pendakwaan menjalankan kuasanya di bawah perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan dan 253 kod prosedur jenayah untuk menghentikan pendakwaan.

"Maka kuasa DNAA atau DNA sesuatu kes memang kuasa mahkamah saja dan ia perlu dihormati," katanya lagi.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2023 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Salah sgt tu chuols. Hanya pembebasan najib je bole beri kekuatan semula pd umno
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 10:23 AM | Show all posts
semoga presiden umnok ini dapat membangkitkan semula kepercayaan rakyat kpd parti nya itewww
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 04:21 AM GMT+8 , Processed in 0.055388 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list