CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6766|Reply: 0

[Terengganu] Kadar zakat fitrah di Terengganu dijangka meningkat

[Copy link]
Post time 19-9-2023 05:09 PM | Show all posts |Read mode

SHAIKH Harun Shaikh Ismail (dua dari kiri) menyampaikan sijil penyertaan kepada wakil syarikat yang menyertai kempen potongan zakat berjadual anjuran Maidam di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN


KUALA TERENGGANU: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) tidak menolak kemungkinan berlakunya peningkatan kadar zakat fitrah bagi umat Islam di negeri ini pada tahun depan.

Yang Dipertua Maidam, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, ia berikutan kenaikan kadar harga beras yang berlaku di pasaran tempatan sejak akhir-akhir ini.

Beliau berkata kebiasaannya, pegawai-pegawai di Maidam akan membuat tinjauan harga beras di pasaran dua atau tiga bulan sebelum Ramadan.

“Kita akan lihat harga beras yang sering dimakan oleh rakyat untuk dibawa ke dalam mesyuarat sebelum menetapkan kadar zakat fitrah yang sesuai.

“Seterusnya, ia akan dipersembahkan kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan selepas mendapat perkenan baginda, barulah kita isytiharkan kadar zakat fitrah yang telah dipersetujui,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sesi libat urus pemerkasaan pengoperasian Maidam dan pelancaran kempen potongan zakat berjadual di Taman Tamadun Islam, di sini, hari ini.

Pada Ramadan lalu, Maidam menetapkan kadar zakat fitrah  adalah RM8, RM10 dan RM24 seorang mengikut jenis beras yang dimakan setiap hari.

Individu yang makan nasi daripada beras super special tempatan perlu membayar zakat fitrah tidak kurang RM8 seorang.

Bagi mereka yang menggunakan jenis beras selain daripada itu, kadar zakat fitrah adalah RM10 seorang untuk beras super import dan RM24 seorang untuk beras jenis premium seperti Basmathi.

Dalam pada itu, Shaikh Harun berkata, umat Islam perlu menyuburkan amalan wakaf tunai agar lebih banyak projek wakaf dapat dilaksanakan sekaligus memacu ekonomi ummah di negeri Terengganu.

“Sehingga hari ini, Maidam dipertanggungjawabkan ke atas 1,084 lot tanah yang diwakafkan. Sebahagian besar tanah ini telah dibangunkan seperti Perkuburan Islam Paya Bunga, Pusat Hemodialisis Wakaf Terengganu, Hotel Grand Puteri dan asrama kebajikan anak-anak yatim dan miskin Darul Akhyar,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... dijangka-meningkat/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.076960 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list