CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1386|Reply: 11

[Politik] Bekas ulama PAS sedih MB Kedah suka 'mencarut'

  [Copy link]
Post time 26-9-2023 11:03 AM | Show all posts |Read mode
Bekas ulama PAS sedih MB Kedah 'mencarut'
Haspaizi Zain
Diterbitkan:  Sep 25, 2023 10:22 PM



Perjuangan Islam PAS sudah jauh tersasar apabila pemimpin yang bercakap kasar menjadi sanjungan parti itu, kata bekas setiausaha Dewan Ulama PAS Khairuddin Aman Razali.

Menurutnya, perkara tersebut dapat dilihat dalam kempen parti berkenaan di DUN Pelangai yang mana Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mengeluarkan kenyataan yang tidak selayaknya diucapkan.

"Saya sangat sedih bila melihat pemimpin utama parti yang boleh saja mencarut, bercakap lucah di pentas politik kemudian ditepuk dan disorak ahli-ahli.

"Tersebar dalam internet ucapan menteri besar Kedah yang menyebut kalimah (ucapan) yang tidak sesuai, memalukan untuk kita sebut itu oleh menteri besar daripada Islam pula.



"Kita perlu politik damai, tidak perlu politik lucah, perpecahan dan BN kekal dengan prinsip sebegini," kata Khairuddin yang kini setiausaha eksekutif Majlis Ulama Umno kepada Malaysiakini ketika ditemui berkempen di Felda Chemomoi, dekat Bentong.

Sanusi yang juga pengarah pilihan paya PN menggesa pengundi di Pelangai untuk menolak BN dan PH, bagi menyuarakan penentangan terhadap apa yang didakwanya sebagai liberalisme oleh kerajaan persekutuan.

Ketika berceramah pada malam penamaan calon di Felda Kemasul, Sanusi membangkitkan langkah Ahli Parlimen Ipoh Timur Howard Lee yang memetik terjemahan sepotong ayat al-Quran baru-baru ini.

Dia berkata perkara itu hanya boleh berlaku kerana Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri.


"Yang liberal ni dia kata sekurang-kurangnya dia (Howard) mengaji..kepala bapak hang...hang bodoh.

"Quran ni Tuhan turunkan penuh kesucian, kemuliaan dia ada disiplin untuk menghurai, untuk menterjemah.

"Ni hangpa alif ba ta pun tak tahu...kote (anu) pun tak kerat," katanya pada majlis ceramah PN itu.

Mengulas lanjut, Khairuddin berkata PAS kini sudah tidak menggambarkan akhlak Islam apabila membenarkan pemimpin mereka melontarkan kata-kata yang tidak sopan.

"Bagi saya PAS telah jauh lari dari prinsip Islam...Islam ada akidah, syariat, dengan akhlak.

"Akidah jauh tersasar dengan isu-isu syurga, neraka menyamai pemikiran yang bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ)...mengkafirkan yang berbeza dengan mereka.

"Dari sudut syariat banyak yang dilanggar," katanya lagi.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2023 11:06 AM | Show all posts
Ni ulama mana pulak mencarut. Sampai sekarang tak pernah tarik balik.


Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 11:13 AM | Show all posts
nusi sebut apa yg mencarut sgt? aku tertingal ketapi
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Hutang Mahfuz dah bayor ke belom?






Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 11:19 AM | Show all posts
biasala parti munafiq,parasit mcm Pas ni..geng kapir dia buat boleh..bukan stakat petik quran,siap boleh laung takbir  lagi..tup2 bila org lain buat terus jadi haram smbil keluar carut marut mcm org takde akhlak










Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 10:18 AM | Show all posts
MB paling pelaq
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2023 10:20 AM | Show all posts
PAS ni bukan parti Islam dah...parti tetek
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Ooohh mawarkuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2024 11:56 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2024 12:09 PM | Show all posts
ntahapapantah replied at 26-9-2023 11:06 AM
Ni ulama mana pulak mencarut. Sampai sekarang tak pernah tarik balik.


kelakarlah kau mat sabu



Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2024 09:36 AM | Show all posts
Gagal...Kamelia seround
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2024 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekurang2nnya x cucuk ambulans masa jem
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 09:37 AM GMT+8 , Processed in 0.625608 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list