CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2810|Reply: 0

PDRM cadang gaji Konstable selaras gaji minimum RM1,500

[Copy link]
Post time 7-10-2023 01:38 PM | Show all posts |Read mode

RAZARUDIN Husain (tengah) pada Majlis Perasmian WCB/PSK KDNKA Bukit Aman di Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PLPGA) Ulu Kinta di Ipoh hari ini. - UTUSAN




IPOH: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan supaya skim gaji permulaan bagi Konstable (YA1) sebanyak RM1,441 diselaraskan dengan kadar gaji minimum RM1,500 sebulan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, cadangan berkenaan mengambil kira peningkatan kos sara hidup khususnya bagi anggota pangkat rendah.

“Buat masa ini, bagi anggota berpangkat Konstable (yang baharu menamatkan latihan), apabila mereka keluar gajinya hanya RM1,441.

“Jadi, dengan pelaksanaan gaji minimum RM1,500 sebulan oleh kerajaan, kita mohon supaya penyelarasan turut dilakukan melibatkan gaji anggota yang baharu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Wildlife Crime Bureu/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman di Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PLPGA) Ulu Kinta di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah KDNKA Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali; Timbalan Pengarah (KDNKA) WCB/PSK Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Azlin Sadari dan Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim.

Mengulas lanjut Razarudin berkata, bagi meningkatkan tahap integriti pasukan, pihaknya turut mencadangkan kenaikan 30 peratus daripada kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) atau pemberian satu KGT secara ‘one off’.

Katanya, cadangan itu membabitkan semua peringkat skim di PDRM iaitu Skim perkhidmatan Pegawai Kanan Polis, Skim perkhidmatan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel, Skim perkhidmatan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Orang Asli serta Skim perkhidmatan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Sokongan.

“Ini antara perkara yang kita cadangkan selain kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) yang diterima pegawai dan anggota berbeza mengikut kategori bandar, pinggir bandar dan luar bandar,” katanya.

Razarudin pada Julai lalu dilaporkan berkata, gaji dan keperluan anggota polis akan diberi keutamaan dalam usaha meningkatkan integriti pasukan itu.

Beliau berkata, gaji yang diperoleh anggota berpangkat rendah adalah kecil dan tidak mampu menampung kos sara hidup terutama bagi mereka yang bertugas di bandar besar. – UTUSAN


https://www.utusan.com.my/nasion ... aji-minimum-rm1500/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 158592 Replies : 3886
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71195 Replies : 2927
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 102401 Replies : 2875
Want to tap into the exciting world of sports betting?
peterkester96Want to tap into the exciting world of s
Views : 4431 Replies : 1
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 13806 Replies : 97
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 3878 Replies : 14
Walaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok tetapi kajian tunjuk wanita Malaysia Ke-6 Paling Cantik Di Asia, Atasi Singapura & Thailand.Acik forum bangga?
YgBenarWalaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok
Views : 7909 Replies : 54
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5153 Replies : 40
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 188046 Replies : 1712
Penyasaran subsidi diesel perlu untuk selamatkan negara. Kata PM Anwar
mojarean_XPenyasaran subsidi diesel perlu untuk se
Views : 6745 Replies : 61

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.388864 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list