CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 948|Reply: 0

[Politik] 'Lihat keseluruhan temubual, jangan petik jawapan cut and paste’ - PMX

[Copy link]
Post time 9-10-2023 01:18 PM | Show all posts |Read mode
'Lihat keseluruhan temubual, jangan petik jawapan cut and paste’
Diterbitkan:  Oct 9, 2023 12:22 PM



PARLIMEN l Perdana Menteri, Anwar Ibrahim membidas Hamzah Zainuddin (PN-Larut) dan menasihatkan ketua pembangkang itu supaya tidak membaca penjelasannya berkaitan ekonomi Madani yang telah disunting dan dimuat naik di laman sosial semata-mata.

Merujuk wawancaranya bersama Christiane Amanpour dari CNN, baru-baru ini, katanya sebagai seorang bekas menteri dan wakil rakyat Hamzah perlu melihat temubualnya secara penuh dan bukan sekadar membaca jawapan ‘cut and paste’.

"Merujuk temubual CNN, saya syorkan Larut lihat keseluruhan tembu bual itu dan tidak lihat cut and paste yang dibuat.

“Kita telah pun tunjukkan yg dikeluarkan CNN yang memberikan liputan sepenuhnya tapi ada unsur khianat yang memotong menunjukkan tidak ada jawapan lengkap," katanya ketika menjawab komen Hamzah yang menyentuh mengenai wawancara bersama CNN itu ketika memberikan soalan tambahan berkaitan kerangka dasar Ekonomi Madani.

Anwar menambah bahawa tindakan yang tidak bertanggungjawab itu bertujuan memberi persepsi negatif terhadap dirinya.

Hamzah sebelum itu meminta perdana menteri menjelaskan inovasi baru Ekonomi Madani yang dikatakan berbeza dengan Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Dasar itu diperkenalkan Dr Mahathir Mohamad, empat tahun lalu, semasa senerahu kerajaan Pakatan Harapan.

Mengulas lanjut Anwar berkata, Ekonomi Madani yang dicetuskan di bawah pentadbirannya bertunjangkan kemampanan ekonomi dan pembangunan fizikal selain isu nilai dan ehsan.

"Asas pertama, konteks negara kita berbeza pasca Covid-19 kita terima kenyataan kita berhadapan dengan keaaan tidak terjangkau dan kadang-kadang berlaku dalam keadaan serentak.

“Oleh itu kita memikirkan keperluan memperkenalkan dasar yang selari dengan nilai, agama, pemikiran dan masalah tempatan yang tidak semestinya sesuai dengan saranan awal Bank Dunia

"Ekonomi Madani juga mendokong cita-cita menyeluruh negara bukan sahaja hasil ekonomi tetapi sasaran sosial, tata kelola," katanya.

Anwar turut bersetuju bahawa usaha untuk memberi penjelasan lebih lanjut perlu digerakkan supaya rakyat faham tentang ekonomi Madani.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.074038 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list