CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1994|Reply: 1

[Cinta] Pasangan kahwin 69 tahun pulang ke 'negeri abadi' selang 9 hari

[Copy link]
Post time 12-10-2023 07:20 AM | Show all posts |Read mode
Pasangan kahwin 69 tahun pulang ke 'negeri abadi' selang 9 hari


Pasangan warga emas yang dikenali sebagai Tommy dan Virginia itu menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt (VUMC).

SETIAP pasangan mengimpikan untuk sehidup semati, namun bagi suami isteri dari Tennassee, Amerika Syarikat (AS), yang sudah berkahwin selama 69 tahun, ditakdirkan berpegangan tangan sebelum masing-masing menghembuskan nafas terakhir.

Pasangan warga emas yang dikenali sebagai Tommy dan Virginia itu menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt (VUMC).

Tommy meninggal dunia pada 8 September lalu manakala isterinya, Virginia pula menyusul sembilan hari kemudian, iaitu pada 17 September.

Kedua-dua mereka berusia 91 tahun dan merupakan pasangan kekasih di Dobyns-Bennett High School dan berkahwin pada 1954 selepas sama-sama di Universiti Tennessee.

Lebih menyayat hati apabila Virginia tidak mahu melepaskan tangan suaminya yang sudah meninggal dunia.

Kedua-dua mereka berusia 91 tahun dan merupakan pasangan kekasih di Dobyns-Bennett High School dan berkahwin pada 1954 selepas sama-sama di Universiti Tennessee.
Tommy yang menghidapi penyakit Alzheimer menerima rawatan di unit penjagaan memori sebelum dipindahkan ke VUMC.

Beliau turut menderita masalah pneumonia dan sepsis.

Tommy dipindahkan ke VUMC, manakala Virginia pula, menderita sakit akibat terjatuh sebelum tulang rusuk dan tulang belakangnya patah selain mengalami kecederaan di bahagian pinggul.

Virginia dibawa ke hospital sama dan sepanjang rawatan mereka ditempatkan di satu bilik.

Sementara itu, Pengarah Perubatan Program Penjagaan Paliatif di Vanderbilt, Dr Mohana Karlekar, berkata melihat pasangan itu bersama-sama, mengingatkan mereka mengenai apa yang penting.

'Sejak Virginia dibawa ke sini, dia sentiasa memegang tangan suaminya.

'Virgina memberitahu saya Isnin lalu, bahawa dia menerima apa yang berlaku dan mahu berada di sana sehingga akhir.

Selain dikurniakan anak lelaki dan perempuan, pasangan itu mempunyai empat cucu dan seorang cicit. - AGENSI

Sumber:https://www.bharian.com.my/wanit ... abadi-selang-9-hari


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2023 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejati...
Itu yg kau ucapkan...
Bila janji ku genggam...
Bwh pohonnnn...
Kembojaaa....
Yg sekecil kita...

Tiberrr tingat lak lagu ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tiru meniru time skolah
XimTiru meniru time skolah
Views : 14385 Replies : 84
Jangan ketawa!
akuchentaJangan ketawa!
Views : 9917 Replies : 52
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16536 Replies : 51
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7865 Replies : 57
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196704 Replies : 4558
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23791 Replies : 156
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 90334 Replies : 632
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30434 Replies : 184
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30569 Replies : 165
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26599 Replies : 99

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.072097 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list