CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2148|Reply: 0

Lebih 40 premis PDRM Kelantan perlu dibaik pulih

[Copy link]
Post time 17-10-2023 04:50 PM | Show all posts |Read mode

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun (tengah) melancarkan konsep _CLASS peringkat Negeri Kelantan selepas Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis peringkat Kontinjen Kelantan di sebuah dewan di sini. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Kota Bharu: Lebih 40 premis milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di negeri ini akan dipastikan menerima manfaat peruntukan RM2.4 bilion kepada pasukan keselamatan terbabit dalam Belanjawan 2024.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya mendapati banyak kuarters, bangunan pejabat serta prasarana perlu dibaik pulih dan menganggap insentif yang diberikan itu sebagai durian runtuh.

"Boleh dikatakan setiap daerah ada premis PDRM yang perlu dibaik pulih seperti kuarters, bangunan pejabat, persekitaran dan prasarana.

"Untuk kuarters, ada yang masih boleh dihuni tapi perubahan masa sudah sampai masanya pegawai dan anggota dapat kediaman lebih selesa, walau dalam keadaan apa pun, kita kerja dengan baik," katanya.

Katanya, pihaknya menubuhkan lima pasukan pemantau berdasarkan zon untuk melihat semua perkembangan berkaitan dapat bergerak dengan baik.

"Banyak peruntukan kepada balai dan pondok polis yang diberikan, cuma kena kerja kuat sebab apabila benda (peruntukan) itu banyak, pemantauan kena tepat dan perlu siapkan sebelum November.

"Saya sudah tubuhkan lima pasukan pemantau berdasarkan zon untuk melihat semua kerja yang diberikan ini bergerak dengan baik," katanya selepas majlis pemakaian pangkat pegawai kanan polis peringkat Kontinjen Kelantan, di sini, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2024 mengumumkan sebanyak RM2.4 bilion diperuntukkan bagi membina, menyelenggara dan membaik pulih kuarters penjawat awam termasuk yang diduduki warga PDRM.

Dalam perkembangan lain, Muhamad Zaki berkata, beliau sudah mengarahkan semua Ketua Polis Daerah membuat mesyuarat awal bersama agensi berkaitan di peringkat daerah masing-masing berkaitan persediaan menghadapi musim banjir.

"Kita harap tidak berlaku banjir besar tapi apa pun persiapan tetap dibuat. Kita juga menasihatkan orang ramai terutama agar sentiasa bersedia," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -perlu-dibaik-pulih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71589 Replies : 2932
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 161471 Replies : 3924
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 19524 Replies : 76
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 26186 Replies : 195
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 5003 Replies : 4
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 4132 Replies : 15
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 102603 Replies : 2875
Want to tap into the exciting world of sports betting?
peterkester96Want to tap into the exciting world of s
Views : 4532 Replies : 1
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 14008 Replies : 97
Walaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok tetapi kajian tunjuk wanita Malaysia Ke-6 Paling Cantik Di Asia, Atasi Singapura & Thailand.Acik forum bangga?
YgBenarWalaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok
Views : 8212 Replies : 54

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.269564 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list