CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2955|Reply: 0

Pegawai atasan PDRM perlu lebih agresif pantau anggota bawahan

[Copy link]
Post time 28-10-2023 05:04 PM | Show all posts |Read mode

RAZARUDIN hadir pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Negara anjuran KDNKA di Bukit Aman. FOTO ihsan PDRM

Kuala Lumpur: Semua ketua jabatan, pegawai pemerintah dan penyelia diingatkan supaya sentiasa cakna serta lebih agresif dalam memantau tindak-tanduk anak buah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menekankan perkara itu semasa berucap pada Perhimpunan Bulanan anjuran Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.

Menurutnya, tindakan tegas tanpa kompromi perlu dilaksanakan tanpa prejudis kepada mana-mana anggota atau pegawai yang melanggar peraturan.

"Ini jelas di bawah peraturan 3C Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

"Justeru, saya mahu semua pegawai pemerintah memulakan pendekatan yang lebih agresif dalam memperkasakan peraturan ini secara menyeluruh ke arah meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat," katanya.

Beliau berkata, setiap pegawai pemerintah perlu menyampaikan arahan jelas pada setiap sesi roll call, perjumpaan dan mesyuarat di setiap peringkat bagi memastikan keberkesanan arahan secara berterusan.

"Sehingga ia dapat diadaptasi serta dihayati seterusnya dibudayakan oleh semua lapisan warga PDRM. Ini kerana, masyarakat pada masa kini meletakkan satu standard yang tinggi dengan menuntut perkhidmatan kepolisan yang berkualiti," katanya.

Dalam perkembangan lain, PDRM juga akan melancarkan tabung Kecemasan Solidariti Palestin di Masjid Bukit Aman bersama badan bukan kerajaan (NGO) MyFundAction dalam Majlis Perasmian Penutup Karnival Jubli Perak 25 Tahun malam ini.

Katanya, tabung berkenaan dilancarkan sebagai tanda sokongan PDRM bersama kerajaan bagi menghentikan serangan rejim Zionis terhadap Palestin.

"Simpati dengan nasib yang menimpa saudara-saudara kita di sana, saya akan lancarkan tabung kecemasan ini.

"Adalah diharapkan agar usaha murni ini akan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban saudara kita di sana," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tau-anggota-bawahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 4902 Replies : 4
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 159257 Replies : 3908
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71225 Replies : 2929
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 3930 Replies : 15
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 102401 Replies : 2875
Want to tap into the exciting world of sports betting?
peterkester96Want to tap into the exciting world of s
Views : 4431 Replies : 1
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 13806 Replies : 97
Walaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok tetapi kajian tunjuk wanita Malaysia Ke-6 Paling Cantik Di Asia, Atasi Singapura & Thailand.Acik forum bangga?
YgBenarWalaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok
Views : 7909 Replies : 54
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5153 Replies : 40
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 188147 Replies : 1712

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.051501 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list