CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1620|Reply: 0

Ayob Khan dahului terima darjah, pingat polis daripada Agong

[Copy link]
Post time 31-10-2023 05:05 PM | Show all posts |Read mode

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Pangkat Pertama Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP) kepada Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis dan Pingat Keberanian Polis (DKPP) di Istana Negara hari ini. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP) kepada Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Ayob Khan, mendahului 309 penerima pingat termasuk dua pegawai kanan polis negara asing, pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis dan Pingat Keberanian (DKPP) Tahun 2023 sesi pertama yang berlangsung di Balairung Seri Istana Negara itu.

Selain itu turut menerima PGPP ialah empat pegawai kanan polis antaranya Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad, Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Seri Azmi Abu Kassim dan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri.

Seri Paduka turut berkenan mengurniakan PGPP Kehormat kepada Pesuruhjaya Polis Brunei Datuk Paduka Seri Mohammad Irwan Hambali dan Ketua Polis Thailand Torsak Sukvimol.

Pada istiadat itu, Al-Sultan Abdullah berkenan mengurniakan darjah Panglima Setia Pasukan Polis (PSPP) kepada 58 penerima, Pahlawan Pasukan Polis (PPP) kepada 88 penerima, Kesatria Pasukan Polis (KPP) kepada 17 penerima, Bentara Pasukan Polis (BPP) kepada 138 penerima dan seorang penerima Pingat Keberanian Polis (PKP).

Penganugerahan DKPP, diberikan kepada pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang berkelayakan di atas jasa dan pengorbanan yang dicurahkan di dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia.

Hadir sama ke istiadat itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Sesi kedua istiadat itu dijadual berlangsung di Istana Negara, Khamis ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... olis-daripada-agong
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 4902 Replies : 4
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 159257 Replies : 3908
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71225 Replies : 2929
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 3930 Replies : 15
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 102401 Replies : 2875
Want to tap into the exciting world of sports betting?
peterkester96Want to tap into the exciting world of s
Views : 4431 Replies : 1
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 13806 Replies : 97
Walaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok tetapi kajian tunjuk wanita Malaysia Ke-6 Paling Cantik Di Asia, Atasi Singapura & Thailand.Acik forum bangga?
YgBenarWalaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok
Views : 7909 Replies : 54
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5153 Replies : 40
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 188147 Replies : 1712

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.064163 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list