CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3005|Reply: 0

F1: Sainz berang jadi ‘kambing hitam’

[Copy link]
Post time 19-11-2023 12:16 PM | Show all posts |Read mode

SAINZ dipersalahkan kerana melanggar besi penutup longkang menyebabkan sesi ujian pertama GP Las Vegas dibatalkan, malah dikenakan penalti 10 petak. - AFP

LAS VEGAS – Pelumba pasukan Ferrari, Carlos Sainz mengakui berang apabila dijadikan ‘kambing hitam’ dengan dihukum penalti 10 petak menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Las Vegas awal pagi esok.

Sebagai rekod, Sainz telah dipersalahkan kerana melanggar besi penutup longkang di atas litar sehingga menyaksikan sesi ujian bebas pertama terpaksa dibatalkan selain merosakkan jenteranya.

Kemalangan tersebut menyaksikan Sainz terpaksa menukar hampir keseluruhan komponen penting pada jenteranya termasuk casis dan unit kuasa.

Perubahan pada saat akhir itu menyaksikan Sainz telah dikenakan hukuman minimun 10 petak pada hari perlumbaan sebenar nanti.

“Seperti yang anda lihat, saya mengalami kemalangan yang tidak dapat dielakkan sehingga hampir mendatangkan kecederaan kepada saya. Namun, saya enggan mengulas panjang dan terima sahaja keputusan ini.

“Harus diakui agak kecewa kerana saya dihukum 10 petak walaupun jelas ia bukan kesalahan saya, tetapi inilah lumrah yang harus saya hadapi sedangkan saya meletakkan harapan tinggi untuk mencabar GP kali ini,” katanya.

Sementara itu, Prinsipal Ferrari, Fred Vasseur mengambil pendekatan untuk memuji barisan pegawai teknikal serta mekanik pasukan untuk membaik pulih jentera Sainz dalam masa singkat.

“Saya sangat bangga dengan apa yang mekanik kami lakukan kerana jentera mengalami kerosakan terul tetapi sudah berjaya dipulihkan seperti sedia kala,” katanya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... jadi-kambing-hitam/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.051251 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list