CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 610|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Jangan biarkan pemimpin berperibadi buruk pimpin negara – Sultan Nazrin

[Copy link]
Post time 25-11-2023 12:22 PM | Show all posts |Read mode

Sultan Nazrin.

PETALING JAYA – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah agar rakyat tidak membiarkan pemimpin yang mempunyai peribadi buruk serta berperangai saling mencela dan menghina daripada memegang tampuk pimpinan negara.

Sultan Nazrin yang juga yang juga Canselor Universiti Malaya (UM) bertitah, rakyat tidak boleh dibiarkan menjadi mangsa kepada tindak tanduk dan perbuatan tidak bertanggungjawab itu kerana ia berpotensi mencetuskan kebencian dan menyalakan api permusuhan dalam kalangan masyarakat.

“Perkara ini bukannya berlaku di tepi-tepi jalan atau di pasar, tetapi berlaku di pentas, tempat dan dewan yang memiliki status kemuliaan, malah ada kalanya berlaku di tempat-tempat ibadah.

“Bahasa-bahasa kesat, lucah, fitnah, cerca, caci, memaki hamun dan menghina semakin kedengaran, disuarakan tanpa segan silu, malah dilakukan oleh pihak tertentu dengan kemegahan dan kebanggaan,” titah baginda ketika menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya (UM) Ke-63 di Dewan Tuanku Canselor, UM.

Baginda bertitah, sifat berbudi bahasa dan sopan santun bukan sahaja diketepikan oleh golongan yang tidak berpendidikan atau tidak mempunyai jawatan tinggi, tetapi juga dikorbankan oleh mereka yang berpelajaran tinggi, mempunyai jawatan dan bergelaran.

Tambah Sultan Nazrin, golongan pemimpin sepatutnya sedar perbuatan sedemikian berupaya memberikan implikasi negatif terutama kepada imej dan identiti negara di mata dunia.

Sehubungan itu, demi mengatasi masalah ini, Rukun Negara yang kelima iaitu ‘kesopanan dan kesusilaan’ perlu diterapkan dalam program pengilmuan agar ia dapat dihayati dan diamalkan oleh rakyat.

“Rukun Negara diperkenalkan setelah asas perpaduan kaum dilihat rapuh dan goyah ketika berlakunya pergaduhan dan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, susulan berlakunya perang mulut dan laungan-laungan menyentuh sentimen kaum dan agama yang mencetuskan ketegangan kaum.

“Jadikan pengajaran daripada peristiwa pahit pada tahun 1969 untuk segera dilakukan langkah preventif, menghentikan suara provokatif yang memilih meniupkan bara pertelingkahan berasaskan kaum dan agama,” titahnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... uruk-pimpin-negara/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.054044 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list