CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4026|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Amaran hujan tahap bahaya di Terengganu, Kelantan hingga Isnin

[Copy link]
Post time 25-11-2023 04:02 PM | Show all posts |Read mode

Foto dirakamkan pada 23 November 2023 menunjukkan sebuah jambatan di Kampung Bukit Cerana, Kuala Terengganu ditenggelami banjir. - Foto NSTP/Ghazali Kori

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu berkuat kuasa sehingga Isnin ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, di Kelantan, hujan berterusan tahap bahaya diramal di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah,Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Katanya, di Terengganu pula membabitkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.

Sementara itu, hujan berterusan tahap buruk diramal di beberapa kawasan di tiga negeri iaitu di Perak (Hulu Perak), Kelantan (Gua Musang) dan Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman).


"Amaran hujan berterusan tahap waspada pula dikeluarkan bagi Perlis, Kedah, Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, dan Manjung) selain Jerantut dan Kuantan di Pahang," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi MetMalaysia. Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut.

https://www.bharian.com.my/berit ... lantan-hingga-isnin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 09:35 PM GMT+8 , Processed in 0.071442 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list