CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1454|Reply: 1

[Tempatan] Penduduk lilit kenderaan dengan pita kuning tanda protes

[Copy link]
Post time 27-11-2023 07:06 AM | Show all posts |Read mode
Penduduk lilit kenderaan dengan pita kuning tanda protes


Tangkap layar TikTok

KUALA LUMPUR: Sikap pentingkan diri segelintir penduduk taman perumahan dekat Pasir Gudang, Johor yang meletak kereta di tempat tidak sepatutnya sehingga menghalang laluan keluar masuk di situ, memaksa penduduk mengambil tindakan kendiri.

Terlebih dahulu, ada penduduk yang memaklumkan kepada pemilik kenderaan itu supaya mengalihkan kenderaan masing-masing namun peringatan itu tidak dihiraukan.

Justeru, sekumpulan penduduk kawasan itu melaporkan masalah berbangkit kepada Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG). Berikutan itu, penguatkuasa MBPG turun padang lalu mengeluarkan saman terhadap kenderaan berkenaan.



Tangkap layar TikTok

Walaupun saman dikeluarkan, kenderaan sama masih kekal diletakkan di kawasan tidak sepatutnya sehingga menyusahkan penduduk dekat kejiranan itu.

Justeru, penduduk di situ terpaksa mengambil langkah dengan melilitkan kenderaan itu dengan pita berwarna kuning sebagai tanda amaran.

Keadaan itu dikongsikan seorang pengguna TikTok @hidayah3606 dengan memuatnaik beberapa keping gambar kenderaan yang diletak secara 'biadab' berhampiran beberapa kediaman di situ.

Hantaran berkenaan meraih lebih 200,000 tontonan di platform berkenaan.

"Beberapa jiran sudah pun dimaklumkan secara baik tetapi mereka tidak hiraukan peringatan itu. Apabila peringatan dibuat dalam kumpulan WhatsApp taman perumahan, mereka tetap abaikan.

"Apa yang kami lakukan ini bukan bermaksud kejam, sebaliknya mereka (pemilik kenderaan) sendiri tidak ada otak kerana terus melakukan tindakan sama berulang kali.

"Terima kasih kepada MBPG kerana laksanakan tugas mereka," katanya.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... kuning-tanda-protes

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2023 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoiiii...dah pakai kereta Tu..kena Ada common sense ye...jgn letak otak kat lututtt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.143112 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list