CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 556|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Tiada tanah runtuh di Terowong Genting Sempah

[Copy link]
Post time 27-11-2023 12:14 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR tular mendakwa berlaku tanah runtuh di Terowong Genting Sempah.

Kuala Lumpur: Polis menafikan berlaku tanah runtuh di pintu masuk ke Terowong Genting Sempah seperti dipaparkan dalam sebuah video yang tular.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, video itu tular di media sosial sejak semalam dan dipercayai kejadian tanah runtuh tersebut berlaku di luar negara.

"Rakaman dalam video itu tidak berlaku di kawasan Genting dan saya pernah melihat video tersebut sebelum ini.

"Kalau dilihat Terowong Genting Sempah memang jelas di pintu masuk dan keluar laluan kenderaan terpampang gambar Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah)," katanya ketika dihubungi malam ini.



Zaiham berkata, sekiranya ia berlaku di Genting Sempah, sudah pasti ada kenyataan rasmi segera yang dikeluarkan oleh polis atau pihak konsesi lebuh raya.

Terdahulu, tular sebuah video di media sosial yang berdurasi 50 saat memaparkan berlaku tanah runtuh di hadapan pintu masuk sebuah terowong laluan kenderaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... wong-genting-sempah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.054339 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list