CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1740|Reply: 0

[Dunia] Disambut jasad reput keluarga

[Copy link]
Post time 28-11-2023 07:53 AM | Show all posts |Read mode
Disambut jasad reput keluarga




TANGKAP layar rakaman video tular dikongsikan Mahmoud Abusalama menunjukkan Ali Mahdy mengebumikan sendiri jasad ahli keluarganya termasuk bapanya di kawasan rumah mereka di utara Gaza.


Kuala Lumpur: Luluh hati seorang lelaki apabila kepulangannya dari selatan Gaza, Palestin disambut dengan keadaan jasad ahli keluarganya sudah mereput akibat tiada pengebumian dilakukan.

Ini kerana kebanyakan tempat di utara Gaza musnah teruk dan tidak boleh diakses mana-mana pihak termasuk pasukan penyelamat.

Lelaki itu, Ali Mahdy berkata, dia berkesempatan pulang ke rumahnya di kem pelarian Al-Shati yang terletak di utara Gaza ketika gencatan senjata dimulakan pada Jumaat lalu.

Menurutnya, hatinya luluh melihat jasad bapa, adik beradik, anak saudaranya hampir tinggal rangka selepas 14 hari meninggal dunia sebaik tiba di rumah, kelmarin.

"Ayah, adik-beradik dan anak saudara saya dipukul 14 hari lalu menyebabkan mereka meninggal dunia.

"Semalam (kelmarin) saya datang dan buntu kerana mayat mereka reput dan keadaan keseluruhannya mengerikan selain bimbang kemungkinan jangkitan penyakit," katanya dalam video tular dikongsikan Mahmoud Abusalama.

Ali berkata, dia tidak sampai hati membiarkan jasad ahli keluarganya terkubur begitu saja sebelum memutuskan mengebumikan mereka mereka dengan peralatan yang ada.

"Saya tidak tahu di mana hendak mengebumikan jasad mereka, jadi saya memutuskan menyempurnakannya di rumah ini.

"Jadi, saya meminta bantuan seorang pemuda dan kami membawa mereka dengan pengusung sebelum kebumikan jasad ahli keluarga saya yang hampir tinggal tulang di sini," katanya.

Berbaki kira-kira 24 jam lagi sebelum waktu gencatan senjata berakhir 7 pagi ini (waktu Gaza), pasukan penyelamat di Gaza giat berusaha mencari penduduk masih hilang di bawah runtuhan rumah yang dimusnahkan rejim Zionis.

Setakat 8 malam kelmarin (waktu Gaza), angka korban di Gaza mencecah 14,854 orang dengan lebih 36,000 penduduk cedera.

Agensi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) merekodkan 80 peratus penduduk di Gaza kehilangan tempat tinggal dengan lebih 1.7 juta orang terpaksa meninggalkan rumah mereka sejak 7 Oktober lalu.

UNRWA membayangkan keadaan di Bandar Gaza dan utara Semenanjung Gaza sama tahap kemusnahannya dengan gempa bumi melanda Turkiye dan Syria.

Malah, penduduk kini berdepan kebuluran dan ancaman penyakit berikutan air kumbahan membanjiri jalanan sekali gus mencemarkan pantai dan menyebarkan penyakit.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... asad-reput-keluarga

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.083224 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list