CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5510|Reply: 0

[Melaka] Lelaki 'kaki' hidu gam dipenjara lima tahun, bersalah cederakan bapa

[Copy link]
Post time 28-11-2023 04:23 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN

Melaka: Penganggur dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari ini, selepas mengaku salah mencederakan bapa kandung dengan sebilah pisau.

Hakim Darmafikri Abu Adam membuat keputusan itu selepas tertuduh, Muhamad Azmizal Ahmad, 28, mengekalkan pengakuan bersalah pada sebutan kes hari ini, selain menimbangkan fakta kes, rayuan dan hujah pendakwaan.

Dalam penghakimannya beliau berkata, mahkamah berpuas hati tertuduh mengaku bersalah tanpa syarat dan mensabitkannya seperti pertuduhan.

"Kesalahan dilakukan tertuduh ini sebagaimana dihujahkan pihak pendakwaan adalah serius kerana membabitkan kecederaan terhadap bapa kandung menggunakan pisau.



"Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun bermula dari tarikh ditangkap pada 20 Julai lalu," katanya.

Mengikut pertuduhan, dia didapati dengan sengaja menyebabkan kecederaan di jari tangan kanan, telinga kiri, bahu dan dada kiri bapanya, Ahmad Adam, 68, dengan menggunakan sebilah pisau.

Perbuatan itu dilakukan di ruang dapur rumah mereka di Kampung Air Hitam, Tanjung Minyak, di sini, pada 20 Julai lalu, jam 4.45 pagi.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara maksimum 20 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian berlaku pertengkaran antara pengadu dengan anaknya selepas dia menegur tertuduh yang mengamuk dengan mematahkan besi bilik air.

Tertuduh bagaimanapun bertindak agresif dengan mengambil pisau dan mengacukan kepada pengadu hingga terkena dan cedera.

Kejadian sebegitu kerap kali berlaku kerana tertuduh penghisap gam tegar, namun tiada laporan polis dibuat sebelum ini.

Pengadu akhirnya membuat laporan polis membawa kepada penahanan tertuduh pada hari kejadian.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Rashidah Baharom memohon hukuman berat dikenakan kepada tertuduh.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman penjara ringan atas alasan dia menghidap penyakit mental dan bergantung kepada ubat.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... alah-cederakan-bapa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.207934 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list