CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3926|Reply: 0

[Pulau Pinang] Jawatankuasa CPR-AED teliti, rangka dasar keberkesanan alat AED

[Copy link]
Post time 28-11-2023 07:23 PM | Show all posts |Read mode
Jawatankuasa CPR-AED teliti, rangka dasar keberkesanan alat AED

oleh SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
  28 November 2023    01:01pm






Alat peranti AED yang dipasang di tempat awam terpilih di Pulau Pinang bertujuan membantu mangsa serangan jantung ketika beriadah. (Foto 123RF) - Gambar kecil: Daniel



GEORGE TOWN - Kerajaan negeri telah menubuhkan Jawatankuasa CPR-AED Negeri Pulau Pinang pada 14 November lalu bagi meneliti serta merangka dasar yang berkait rapat dengan isu keberkesanan pemasangan alat Automated External Defribillator (AED).

Alat peranti AED yang dipasang di tempat awam terpilih di negeri ini bertujuan membantu mangsa serangan jantung ketika beriadah.



Peranti AED dilancarkan pada 4 September 2015 yang mana Tingkat 3, Komtar adalah lokasi pertama dipasang iaitu pada 20 Disember 2015.

Exco Kesihatan, Belia dan Sukan, Daniel Gooi Zi Sen berkata, jawatankuasa itu ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK) Pulau Pinang Kesihatan.



Menurutnya, antara aspek yang akan dipantau melalui jawatan tersebut adalah mengkaji semula lokaliti pemasangan AED agar liputan alat AED dapat disebarkan secara berkesan.

"Peranan lain adalah memastikan latihan penggunaan AED dan CPR diselaraskan mengikut piawaian bagi semua program latihan yang akan dilaksanakan kepada orang awam.

"Selain itu, memberi pengiktirafan kepada pembekal alat AED yang bertauliah serta memastikan latihan selepas jualan dan perkhidmatan selepas jualan bagi setiap alat AED yang dipasang," katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini pada Selasa.

Zi Sen (DAP-Padang Lalang) berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Joseph Ng Soon Siang (DAP-Air Itam) berhubung pemasangan peranti AED di seluruh Pulau Pinang.


Kata Zi Sen, sehingga kini terdapat 168 AED telah dipasang di Pulau Pinang oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang.

"Bagi pihak berkuasa tempatan pula, sebanyak 21 AED iaitu tiga dipasang oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan 18 oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).



"Sementara itu, pemasangan oleh badan bukan kerajaan pula setakat ini adalah sebanyak 200 AED bermula daripada tahun 2016 sehingga kini seperti di bawah kelolaan Penang Heart Safe Society," katanya.

Tambah beliau, terdapat 45 unit AED akan dipasang pada masa akan datang iaitu di bawah JKN Pulau Pinang.

"Pemasangan dan penempatan mesin AED adalah mengikut keutamaan dan panduan dari segi tindak balas, kadar insiden, aktiviti berisiko tinggi dan lokasi kepadatan penduduk yang tinggi.

"Sementara itu, terdapat 48 unit AED yang sedang dipasang oleh pihak MBPP," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.049183 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list