CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4728|Reply: 0

[Melaka] Melaka jangka mampu tarik pelaburan asing RM4.5b - Rauf

[Copy link]
Post time 30-11-2023 02:10 PM | Show all posts |Read mode

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh ketika melawat syarikat pembuatan helikopter di Milan, Itali dalam misi galakan pelaburan, baru-baru ini. - Foto FB AB RAUF YUSOH

MELAKA: Kerajaan Melaka optimis misi galakan pelaburan ke beberapa negara yang digerakkan sepanjang tahun ini mampu membawa nilai pelaburan mencecah RM4.5 bilion ke negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata usaha berkenaan sekali gus membuktikan kerajaan negeri sentiasa komited dalam memacu pertumbuhan ekonomi negeri serta negara dalam jangka panjang.

"Sebagai ketua yang mentadbir negeri, menjadi tugas saya untuk mempromosi Melaka kepada pelabur seluruh dunia, khususnya dalam bidang perindustrian kerana ketika ini terdapat hampir 200,000 rakyat negeri ini bekerja dalam bidang industri.

"Bagi saya, `kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya'. Sebab itulah, selepas saya mengambil alih kepemimpinan dan pentadbiran negeri, apa yang saya lakukan adalah mempromosi Melaka di luar negara, khususnya kepada pelabur asing.



"Langkah itu pada akhirnya akan memberi pulangan kepada rakyat dengan membuka peluang pekerjaan baharu, seterusnya meningkatkan taraf hidup rakyat," katanya menjawab soalan Datuk Seri Sulaiman Md Ali (BN-Lendu) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.

Sejak pertengahan tahun ini, Ab Rauf mengetuai delegasi pelaburan ke beberapa negara Eropah, termasuk Jerman dan Itali bagi mempromosi Melaka sebagai lokasi terbaik untuk melabur.

Sementara itu, beliau berkata, Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam, di sini, bakal diangkat sebagai satu daripada pusat aeroangkasa di negara ini dan perkara itu diketengahkan ketika beliau mengetuai misi galakan pelaburan ke sebuah syarikat pembuatan helikopter terbesar dunia di Milan, Itali.

Menurutnya, perkara itu sudah dibincangkan dengan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, baru-baru ini, yang pada dasarnya bersetuju dengan hasrat serta cadangan kerajaan negeri itu.

"Melaka mempunyai sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti aeroangkasa, iaitu CTRM Aero Composites Sdn Bhd berhampiran LTAM yang direkodkan sudah memberi peluang pekerjaan kepada lebih 3,000 anak negeri.

"Saya percaya dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan menerusi inisiatif serta insentif baharu kepada industri aeroangkasa kelak, LTAM bakal diangkat sebagai pusat perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) pertama di rantau ini," katanya.

Ab Rauf berkata, industri aeroangkasa yang sedang giat berkembang juga mendapat perhatian pihak swasta yang menyatakan minat untuk melabur, sekali gus beliau percaya industri berkenaan berupaya membuka 1,000 peluang pekerjaan kepada rakyat negeri ini.

"Malah, kita juga mempunyai sebuah institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), iaitu Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Masjid Tanah yang mempunyai silibus aeronautik dan bakal memasarkan pelatihnya dalam bidang aeroangkasa," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... an-asing-rm45b-rauf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 08:22 AM GMT+8 , Processed in 0.050218 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list