CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16552|Reply: 0

[Selangor] Lari sekatan, rempuh polis hanya kerana motosikal tiada cermin pandang sisi

[Copy link]
Post time 3-12-2023 01:29 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA polis yang cedera dihantar ke hospital untuk menerima rawatan. FOTO Faiz Anuar

Shah Alam: Seorang anggota trafik dirempuh penunggang motosikal yang cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya Op Samseng Jalanan di Persiaran Perbandaran Seksyen 14, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam itu, Koperal Ahmad Haizaki Salimon, 42, cedera di muka dan badan, selain kini ditempatkan di zon merah Hospital Shah Alam bagi ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) pada bahagian kepala.

Dalam pada itu, penunggang motosikal berusia 21 tahun yang merempuh anggota trafik itu hanya mengalami cedera ringan dan turut dirawat di hospital sama.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Shah Alam Deputi Superintendan SH Roslee SH Mohd Norrani berkata, penunggang motosikal itu tidak sepatutnya melarikan diri hanya kerana ketiadaan cermin pandang sisi dan ia bukan kesalahan berat.



"Melarikan diri ketika sekatan jalan raya hanya membahayakan diri sendiri, anggota polis bertugas serta pengguna lain," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim dalam kenyataannya hari ini berkata, kejadian berlaku apabila penunggang motosikal melihat sekatan jalan raya di hadapan laluannya berpatah balik dan melawan arus jalan untuk melarikan diri.

"Disebabkan panik, penunggang motosikal itu melanggar anggota polis berkenaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, Seksyen 186 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... cermin-pandang-sisi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-6-2024 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.049356 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list