CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7131|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 'Caj RM2 hingga RM10 untuk tebus tunai kredit eMADANI'

[Copy link]
Post time 5-12-2023 02:05 PM | Show all posts |Read mode

Pengguna media sosial mula menawarkan perkhidmatan perkhidmatan penebusan tunai (cash-out) atau pemindahan ‘peer-to-peer’ kredit eMADANI menerusi pelbagai platform media sosial.

KUALA LUMPUR: Pengguna media sosial mula menawarkan perkhidmatan perkhidmatan penebusan tunai (cash-out) atau pemindahan 'peer-to-peer' kredit eMADANI menerusi pelbagai platform media sosial.

Penerima eMADANI rata-rata ditawarkan perkhidmatan melalui kumpulan di Facebook.

Walaupun ada pengguna media sosial lain yang menasihatkan penawar perkhidmatan untuk tidak melakukan sedemikian, mereka tetap melakukannya dengan alasan mempunyai kedai atau premis perniagaan secara fizikal.

Penawar perkhidmatan mendakwa, sesiapa yang ingin membuat penebusan tunai eMADANI, boleh menghubungi segera untuk memindahkan tunai ke bank penerima eMADANI.



Beliau turut memaklumkan cas penebusan sebanyak RM10 akan dikenakan.

"Itulah prosesnya kerana Touch 'n Go (TNG) eWallet juga mengenakan bayaran kepada pemilik kedai bagi setiap transaksi," katanya.

Sementara itu terdapat juga pengguna Facebook yang menawarkan perkhidmatan penebusan eMADANI tanpa membabitkan sebarang bayaran.

"Saya buka penebusan eMADANI, 100 peratus dipercayai dan ramai yang sudah berjaya mengeluarkan tunai. Paling penting tiada scam (penipuan). Tiada bayaran yang dikenakan terpulang untuk berikan berapa," katanya di ruangan komen di Facebook.

Sementara itu, ada pengguna lain di Facebook yang menawarkan perkhidmatan menebus eMADANI dengan bayaran serendah RM2 hingga RM5.



Pengguna media sosial mula menawarkan perkhidmatan perkhidmatan penebusan tunai (cash-out) atau pemindahan ‘peer-to-peer’ kredit eMADANI menerusi pelbagai platform media sosial.

Di aplikasi X pula, ada pengguna media sosial menawarkan perkhidmatan secara lebih sistematik iaitu dengan meminta penerima eMADANI menyertai kumpulan dalam aplikasi Telegram.

Kemudian Penerima eMADANI juga diminta untuk mengisi Google form dan melakukan pembayaran melalui QR.

"Imbas kod QR kemudian masukkan jumlah wang yang ingin dipindahkan. Tangkap layar resit sebagai bukti transaksi. Cas perkhidmatan adalah sebanyak RM2 dan kami akan pindahkan RMM98 ke dalam akaun bank anda," katanya.

Terdahulu BH melaporkan, Kementerian Kewangan (MOF) menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan penebusan tunai (cash-out) atau pemindahan 'peer-to-peer' kredit eMADANI oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.

Dalam kenyataannya, MOF berkata, ia bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan 'scam' serta kehilangan kredit yang diterima mereka.

"MOF tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan 'peer-to-peer' atau penebusan tunai.

"Dalam pada itu, kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terbabit dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang membabitkan pemindahan 'peer-to-peer' atau penebusan tunai," katanya

https://www.bharian.com.my/berit ... unai-kredit-emadani
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.064674 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list