CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4171|Reply: 0

[Melaka] Perniagaan Makcik Kemboja diboikot

[Copy link]
Post time 7-12-2023 03:30 PM | Show all posts |Read mode

MARIYAH diiringi anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka, hari ini. - Foto oleh SYAFEEQ AHMAD / KOSMO!

MELAKA – Wanita berketurunan Kemboja yang juga pemilik syarikat jahitan pukal, Mariyah Holdings Sdn. Bhd., Mariyah Yaakob, 47, mendakwa perniagaannya diboikot pengguna susulan kontroversi didakwa menghina bangsa Melayu.

Perkara itu dinyatakan melalui peguamnya, Kamal Hisham Jaafar ketika membuat rayuan pengurangan jaminan dalam prosiding di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Kamal dalam hujahnya berkata, perniagaan anak guamnya itu telah terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 dan masih belum pulih sehingga hari ini.

“Keadaan itu semakin memburuk kerana wujud kempen-kempen memboikot produk keluaran syarikat tertuduh (Mariyah) sehingga menjejaskan kewangan syarikat.

“Saya percaya tertuduh telah dihukum walaupun dia belum dijatuhi hukuman bersalah oleh pihak mahkamah,” katanya.

Tambahnya, Mariyah juga merupakan seorang ibu tunggal yang rajin berusaha bagi membesarkan tiga anaknya berusia 22,18 dan 13 tahun.

Dalam prosiding itu, Mariyah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membuat suatu penyataan melalui aplikasi TikTok dengan niat yang mungkin mengapikan kaum Melayu pada pertengahan November lalu dan didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Dalam prosiding sama, anak lelakinya, Ezuan Hafsyam Mohd. Hisyam, 22, turut didakwa dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1908 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Melaka, Ahmad Sazali Omar mencadangkan jaminan sebanyak RM60,000 bagi kedua-dua beranak itu, namun mahkamah bersetuju menetapkan jaminan RM25,000.

Kedua-dua mereka bagaimanapun dikenakan syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah. Sebutan semula kes adalah pada 12 Januari depan. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... k-kemboja-diboikot/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.709553 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list