CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3106|Reply: 0

[Melaka] Remaja cabul, buat benda tak senonoh depan anak keluarga angkat

[Copy link]
Post time 14-12-2023 04:07 PM | Show all posts |Read mode

TERTUDUH diiringi anggota polis selepas dihadapkan di Mahkamah Sesyen Melaka, hari ini. -foto oleh SYAFEEQ AHMAD

MELAKA – Seorang remaja mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal di hadapan kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun, yang juga keluarga angkatnya, September lalu.

Tertuduh yang berusia 18 tahun membuat pengkuan itu sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd. Sabri.

Hukuman terhadap tertuduh bagaimanapun ditangguhkan selepas pihak pendakwaan memohon tarikh baharu bagi serahan laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat memandangkan tertuduh merupakan pesalah muda.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didapati telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan sebat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh didapati telah menunjukkan kemaluannya kepada mangsa sama sambil melakukan onani.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(c) akta sama yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali mengikut, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan tertuduh kira-kira pukul 10 pagi di sebuah rumah di Lorong Pokok Mangga dalam daerah Melaka Tengah pada pertengahan September.

Difahamkan tertuduh merupakan anak angkat kepada keluarga mangsa dan menetap di kediaman yang sama sejak setahun lalu sambil membantu menguruskan perniagaan gerai makan.

Terdahulu, tertuduh tidak diwakili peguam, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nazrin Ali Rahim dalam hujahnya tidak mencadangkan jaminan dengan mengambil kira faktor kesalahan dilakukan tertuduh adalah serius.

Mohd. Sabri kemudian menetapkan tarikh 12 Januari depan sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... ak-keluarga-angkat/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.111809 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list