CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20794|Reply: 4

[Dunia] Cikgu Dan Pekerja Kesihatan Antara Orang Yang Suka Curang Dengan Pasangan, Lapor Kajian

  [Copy link]
Post time 5-1-2024 06:42 PM | Show all posts |Read mode


Cikgu Dan Pekerja Kesihatan Antara Orang Yang Suka Curang Dengan Pasangan, Lapor Kajian
January 5, 2024 - 3:20 PM

Mereka yang bekerja sebagai guru dan pekerja kesihatan adalah antara orang yang paling berpotensi untuk curang dengan pasangan mereka, lapor Newsweek yang memetik kajian RANT Casino.

Kajian itu mengambil data tinjauan yang dibuat ke atas 3,800 orang di seluruh United Kingdom bagi mengetahui pekerjaan apakah yang berpotensi menipu pasangan mereka.

Sekitar 85 peratus kes curang bermula di tempat kerja, dan satu daripada lima pekerja mengaku tidak setia dengan pasangan mereka.

Di tempat teratas untuk pekerjaan yang berpotensi curang dengan pasangan adalah jurujual, dengan 14.5 peratus daripada semua pekerja dalam bidang ini mengaku pernah curang.

Sementara itu, di tempat kedua pula diduduki oleh guru dengan 13.7 peratus dan pekerja penjagaan kesihatan berada di tangga ketiga dengan 12.5 peratus.

Industri yang berpotensi untuk curang dengan pasangan pula adalah pengangkutan dan logistik, hospitaliti dan pengurusan acara, kejuruteraan dan pembuatan, hartanah dan pembinaan, perakaunan, perbankan dan kewangan, teknologi maklumat dan angkatan tentera.

Sementara itu, pekerjaan yang kurang berpotensi untuk curang dengan pasangan adalah mereka yang berada dalam bidang sains dan farmaseutikal, diikuti oleh ahli perniagaan, perundingan dan pengurusan, penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan, seni kreatif dan terakhir media.

Peguam yang selalu dipandang serong oleh masyarakat pula hanya curang pada kadar 0.5 peratus sahaja.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2024 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Pokoknya..pokok kelapa sawit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2024 06:44 PM | Show all posts
Sementara itu, pekerjaan yang kurang berpotensi untuk curang dengan pasangan adalah mereka yang berada dalam bidang sains dan farmaseutikal, diikuti oleh ahli perniagaan, perundingan dan pengurusan, penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan, seni kreatif dan terakhir media.
Alhamdulillah suami saya dalam bidang penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 07:57 PM | Show all posts
Ini cikgu UK banyak masa lapang. Cikgu2 di tanah air mana ada masa nak mencurang.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Tmpt terataih tu jurujual lerr..
Hat ni statistik UK.. mesia mana sama..

Tiberr iols tingat kat puhlis yg dok raba minah telen masa roadblock..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.062996 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list