CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9853|Reply: 2

[Dunia] Elon Musk didakwa ambil dadah

[Copy link]
Post time 8-1-2024 01:58 PM | Show all posts |Read mode
Elon Musk didakwa ambil dadah

https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... idakwa-ambil-dadah/

Oleh KOSMO!
8 Januari 2024, 1:41 pm


ELON MUSK - Foto AFP

WASHINGTON –  Manusia paling kaya di dunia, Elon Musk didakwa mengambil dadah termasuk ekstasi dan kokain sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan eksekutif dan ahli lembaga pengarah syarikatnya, lapor akhbar The Wall Street Journal semalam

Sejak akhir-akhir ini, beberapa eksekutif dan anggota lembaga pengarah syarikatnya dan kenalan rapat Musk, 52, semakin bimbang bahawa penggunaan dadah menyebabkan kelakuan beliau bertukar  aneh.

Menurut akhbar itu yang memetik beberapa sumber, kebimbangan mereka terhadap kesihatan taikun teknologi itu turut melibatkan risiko ke atas enam perniagaannya termasuk syarikat kenderaan elektrik, Tesla dan firma aeroangkasa, SpaceX.

Mereka menyatakan, perkembangan itu mungkin akan menyebabkan pemegang saham Musk menanggung risiko sekitar AS$1 trilion (RM4.65 trilion)  dalam bentuk aset di samping puluhan ribu pekerjaan termasuk sebahagian besar projek angkasa lepas Amerika Syarikat (AS).   

Seorang peguam taikun itu, Alex Spiro berkata, Musk memberitahu akhbar tersebut bahawa beliau tidak pernah gagal dalam ujian dadah di SpaceX.

Bilionair itu menghisap ganja dalam program ‘podcast’ Joe Ragan pada tahun lalu dan membincangkan secara terbuka tentang ubat psikedeliknya yang mirip dadah ketamin.

Namun, saksi-saksi memberitahu The Wall Street Journal, bahawa pemilik aplikasi X itu juga menggunakan dadah LSD, kokain, ekstasi dan cendawan psikedelik secara kerap ketika menghadiri parti eksklusif.

Barisan tetamu perlu menandatangani perjanjian untuk tidak mendedahkan aktiviti di dalam parti tersebut dan mengelakkan merakam gambar.

Sebagai contoh, pada 2019, Musk didakwa menggunakan cendawan khayal dalam satu majlis di Mexico dan mengambil ketamin bersama saudara kandungnya dalam parti di sebuah rumah di Miami. – AGENSI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2024 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Snort dadah mahal. Mana sama kasta dgn bijik pil kuda pilihan rempit pprt.


Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2024 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.058682 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list