CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13204|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Bahana anjing liar, aku `terbang' masuk longkang

[Copy link]
Post time 10-1-2024 05:07 PM | Show all posts |Read mode

Saari (kanan) dan Halis (kiri) menunjukkan kecederaan dialami. FOTO ABNOR HAMIZAM ABD MANAP

Jempol: Panik dikejar dan hampir digigit anjing liar menyebabkan dua beranak yang menunggang motosikal terhumban ke dalam longkang.

Dalam kejadian di Taman Desa Puteri, Bahau di sini, mangsa, Saari Mohamad Nordin, 62, dan anaknya Mohamad Halis Azuan Saari, 22, dalam perjalanan ke tempat kerja.

Shaari berkata, ketika kejadian jam 10.45 pagi semalam, lima ekor anjing liar mengejar motosikal ditunggang mereka.

"Akibat panik dan terkejut, saya terbabas masuk ke dalam longkang manakala anak yang membonceng motosikal terjatuh di atas jalan.



"Saya mengalami kecederaan pada lengan kanan dan kaki manakala anak cedera pada bahagian muka apabila ditimpa besi tiang pagar.

"Ini bukan kali pertama penduduk di taman ini dikejar anjing liar malah anak perempuan saya pernah dimasukkan ke wad Hospital Jempol akibat cedera dikejar anjing liar. Dia turut terjatuh motosikal," katanya yang mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Bahau di sini.

Dia turut meminta pihak berwajib mengatasi masalah anjing liar yang banyak terdapat di taman perumahan di kawasan itu,.

Sementara itu Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jempol (MPJL) Raja Norazli Raja Nordin berkata pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kes gigitan anjing di Taman Desa Puteri itu.

"Kes itu juga akan dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Jempol untuk tindakan selanjutnya.

"MPJL sebelum ini sudah menerima sebanyak empat aduan berkenaan anjing terbiar di lokasi berkenaan.

"Sebanyak empat operasi menangkap anjing liar sudah dijalankan dengan operasi terakhir dilakukan pada 9 Oktober tahun lalu. Sepanjang operasi itu sebanyak 13 ekor anjing terbiar berjaya ditangkap," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bang-masuk-longkang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.055996 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list