CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8176|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Pengunjung tak sabar lambai Agong, Raja Permaisuri

[Copy link]
Post time 30-1-2024 01:13 PM | Show all posts |Read mode

Orang ramai menunggu seawal pukul 7 pagi berhimpun di Jalan Parlimen bagi memeriahkan acara lambaian kasih Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. - Foto oleh AMIR KHALID / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Orang ramai berhimpun di sekitar laluan Jalan Parlimen di sini, bagi memeriahkan acara ‘state drive’ atau lambaian kasih Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di sini hari ini.

Tinjauan Kosmo! mendapati, pengunjung tidak mengira usia dan pelbagai kaum tiba seawal pukul 7 pagi sambil memegang bendera Jalur Gemilang.

Biarpun masing-masing kelihatan gembira serta tidak sabar untuk melambai kepada Al-Sultan Abdullah dah Tuanku Azizah, orang ramai turut meluahkan rasa sedih susulan tamat tempoh pemerintahan baginda.

Guru Sekolah Kebangsaan Sultan Hisamuddin Alam Shah, Kuala Lumpur, Siti Norfatihah Nassir Hassan berkata, dia bersama warga sekolah yang lain menunggu sejak pukul 7.40 pagi untuk memeriahkan lambaian kasih tersebut.

Katanya, sekolah mereka terletak bersebelahan Jalan Parlimen dan ia peluang kepada guru dan murid bertemu Al-Sultan Abdullah dah Tuanku Azizah.

“Saya pernah bertemu Raja Permaisuri Agong dalam majlis sebelum ini, tetapi belum pernah berjumpa Yang di-Pertuan Agong.

“Saya dengar ucapan baginda (menerusi media), hati ini terus rasa menangis. Kita rasa sepanjang tempoh baginda menjadi Agong, kehadiran baginda sangat tenang walaupun kita pernah berdepan Covid-19,” katanya ditemui Kosmo! hari ini.

Acara kemuncak akan bermula pada pukul 10 pagi dari Dataran Parlimen ke Bulatan Dato’ Onn sebelum Seri Paduka Baginda berdua berlepas ke Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Seri Paduka Baginda berdua dijangka menghadiri Istiadat Keberangkatan Balik yang bermula dari Istana Negara dan kemudiannya di Dataran Parlimen sebagai simbolik tamat tempoh pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-16. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... ng-raja-permaisuri/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.139494 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list