CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8440|Reply: 14

[Dunia] Pelampau Yahudi terus halang bantuan kemanusiaan ke Gaza

[Copy link]
Post time 6-2-2024 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pelampau Yahudi terus halang bantuan kemanusiaan ke Gaza

https://www.bharian.com.my/dunia ... kemanusiaan-ke-gaza

Februari 6, 2024 @ 7:14am


Kumpulan peneroka Yahudi fanatik berkumpul di pintu keluar Pelabuhan Ashdod berhampiran Semenanjung Gaza dan menyekat trak yang membawa bantuan ke Semenanjung Gaza pada 04 Februari 2024. - Foto Agensi Anadolu

ASHDOD, ISRAEL: Pelampau Yahudi di Israel semalam meneruskan tindakan menyekat bantuan kemanusiaan memasuki Semenanjung Gaza.

Kumpulan peneroka itu berkumpul berhampiran Pelabuhan Ashdod, kira-kira 38 kilometer di utara Semenanjung Gaza, yang mana kebanyakan lebih dua juta penduduk Palestin sedang bergelut dengan krisis kemanusiaan semakin teruk termasuk kelaparan, kekurangan air bersih dan tempat tinggal tidak mencukupi.

Peneroka haram itu menghentikan trak yang berlepas dari pelabuhan, memeriksa dokumen dan memeriksa kargo untuk menentukan kandungan dan destinasi sambil disaksikan anggota polis.

Seorang penduduk Yahudi di Baitulmaqdis, berkata dia datang bersama keluarganya untuk menghalang trak daripada membekalkan oksigen kepada kumpulan penentang Palestin Hamas di Gaza.

"Gaza adalah sebuah negeri. Ia adalah tanah, ia adalah sebuah negara. Semua penduduk Gaza, dari pihak kami, adalah pengganas," kata peneroka, Sharon, yang enggan memberikan nama keluarga.

Walaupun amaran oleh kumpulan hak asasi manusia dan agensi bantuan bahawa malapetaka kemanusiaan sedang berlaku di Gaza, Sharon mendakwa bantuan itu, termasuk makanan dan bahan api, pergi ke Hamas.

"Mengapa kita perlu menghantar makanan dan bahan api ke Gaza? Ia bukan perkara biasa... tidak biasa di negara kita, orang itu menembak kita," katanya yang dilaporkan Agensi Anadolu.

Sharon mendakwa selepas serangan rentas sempadan Hamas terhadap Israel pada 7 Oktober, orang di Gaza keluar ke jalanan dan meraikannya.

"Mereka tidak sedih dengan apa yang berlaku. Islam tidak suka kita. Okay. Jadi sekarang masa untuk membalas."

Ditanya mengenai gesaan di Israel untuk menubuhkan penempatan haram Yahudi di Semenanjung Gaza, Sharon berkata, "Kami akan sangat gembira jika ada penempatan di Gaza ... Gaza adalah sebuah bandar Yahudi 2,000 tahun dahulu, 500 tahun dahulu."

Pelampau Yahudi menganjurkan protes untuk menghalang bantuan kemanusiaan yang dihantar ke Semenanjung Gaza untuk penduduk Palestin yang menghadapi kelaparan, kekurangan air bersih, dan tempat tinggal.

Menurut tinjauan oleh televisyen Saluran 12 Israel, 72 peratus rakyat Israel menentang penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza tanpa pembebasan tawanan Israel dari Semenanjung Gaza.

Israel melancarkan serangan maut ke atas Gaza berikutan serangan 7 Oktober oleh kumpulan Palestin Hamas, membunuh sekurang-kurangnya 27,478 rakyat Palestin dan mencederakan 66,835 yang lain, manakala hampir 1,200 warga Israel dipercayai terbunuh dalam serangan Hamas.

Serangan Israel menyebabkan 85 peratus penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan, manakala 60 peratus daripada infrastruktur kawasan itu telah rosak atau musnah, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. - AGENSI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2024 09:26 AM | Show all posts
diorg ni mmg xkan puas sampai setiap org gaza mati agaknya yg dh matipun diorg msnahkan kubur bagai entahla firaun pun serender ngn diorg ni kot
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2024 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Ape masalah diorng ni eh.dendam kesumat masa ww2 tk terbalas.ke mcm mano?
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2024 10:56 AM | Show all posts
...


Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2024 11:00 AM | Show all posts
selepas NATO n US lingkup..

semua negara akan menentang Yis real
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2024 11:11 AM | Show all posts
...


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2024 11:14 AM | Show all posts
..


Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2024 11:15 AM | Show all posts
...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2024 11:17 AM | Show all posts
..


Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2024 11:17 AM | Show all posts
..


Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2024 11:18 AM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 6-2-2024 02:11 PM

..


https://twitter.com/QudsNen/status/1753917229635084564

Israel continues to target what it had previously designated as a "safe area" in the south of the Gaza Strip. This video of a trembling baby was filmed tonight following an Israeli strike on Rafah amidst Israeli plans to invade Rafah, raising concerns that horrible atrocities could be committed against the displaced in the overcrowded city.


Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2024 11:19 AM | Show all posts
..


Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2024 11:46 AM | Show all posts
Soalan serius, ikut laut tak boleh ka? why kena ikut Israel.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2024 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 6-2-2024 11:46 AM
Soalan serius, ikut laut tak boleh ka? why kena ikut Israel.

Laut pun dikawal zionis lehnat tu jugak
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2024 02:10 PM | Show all posts
.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.064957 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list