CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8155|Reply: 16

[Dunia] Ramalan Nostradamus jadi kenyataan? Putera Harry kembali ke UK untuk berada di sisi Raja Charles III

[Copy link]
Post time 7-2-2024 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Putera Harry dilaporkan pulang ke United Kingdom untuk berada di sisi ayahandanya, selepas pengumuman mengejutkan dari Istana Buckingham bahawa Raja England, Raja Charles III menghidap kanser. - Gambar fail AP

LONDON: Putera Harry dilaporkan pulang ke United Kingdom (UK) untuk berada di sisi ayahandanya, selepas pengumuman mengejutkan dari Istana Buckingham bahawa Raja England, Raja Charles III menghidap kanser.

Putera kedua Raja Charles III itu yang tiba di London pada Selasa dari California, Amerika Syarikat (AS) terlibat dalam pertelingkahan keluarga diraja sejak dia dan isterinya, Meghan Markle yang juga Duchess of Sussex, berundur daripada tugas diraja.

Beliau yang terbang dari Los Angeles ke London mendarat semalam sekitar pukul 12.30 tengah hari, lapor media British.


Kepulangan Putera Harry telah mencetuskan spekulasi tentang perdamaian dengan keluarganya, selepas bertahun-tahun terpisah.

Bagaimanapun, sumber diraja berkata, tidak ada rancangan untuk Putera Harry bertemu abangnya Putera William semasa dia berada di London.

Raja Charles III
Raja Charles III

Raja Charles III, 75, baru-baru ini didiagnosis semasa dirawat secara berasingan kerana pembesaran prostat.
Sumber diraja memberitahu CNN, kanser yang dikesan bukanlah kanser prostat, namun enggan berkongsi lanjut.

Walaupun keadaan kesihatan Raja Charles III mengejutkan negara, Raja British difahamkan telah memanggil Putera Harry pulang sebelum istana mengeluarkan pengumuman rasmi.

Putera William serta adik-beradik Raja Charles III iaitu Puteri Anne, Putera Edward dan Putera Andrew juga dimaklumkan berita duka itu secara peribadi.
Bagaimanapun, kelibat isteri Putera Harry, Meghan dan dua anak mereka, Putera Archie dan Puteri Lilibet tidak kelihatan kembali ke UK.

Putera Harry dan keluarganya berhijrah ke AS elepas meninggalkan tugas diraja pada tahun 2020 dan beliau juga melawat UK beberapa kali pada tahun lepas.
Tidak jelas di mana Putera Harry akan tinggal semasa berada di Britain.

Hubungan Putera Harry dengan keluarganya telah renggang sejak dia dan Meghan berundur pada 2020 sejurus selepas mereka berpindah ke California.

Pasangan itu turut mencetus kontroversi apabila memberikan wawancara eksklusif kepada personaliti tersohor dunia, Oprah Winfrey yang membuka rahsia dalam keluarga diraja termasuk isu perkauman diraja.
Kedinginan hubungan keluarga diraja itu tambah berganda selepas Netflix menerbitkan enam sisi dokumentari pasangan itu.

Keadaan bertambah buruk selepas Putera Harry membuat pendedahan mengejutkan dalam biografi peribadinya, Spare dengan mendakwa, beliau pernah diserang secara fizikal oleh abangnya, Putera William.
Sekalipun keluarga diraja British merupakan sebuah institusi, namun, mereka juga sebuah keluarga biasa.
Kali terakhir pasangan itu bersatu semula ialah ketika Raja Charles III pada Mei tahun lalu. - Agensi

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-2-2024 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2024 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2024 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2024 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Elok juga balik uk. California tgh banjir n ribut taufan skrg ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2024 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Drama sungguh family ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2024 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
So menantu dia Kate tu coma ke tidak sebenarnya?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2024 09:12 AM | Show all posts
dlm 10 thn lagi si harry ni mau sejibik arwah atuknya andrew




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2024 09:15 AM | Show all posts
JunkMail replied at 7-2-2024 08:58 AM
So menantu dia Kate tu coma ke tidak sebenarnya?

bukan ke sheols sudah balik rumah... saing2 pak mentua? tapi kate dok spital lagi lama dr charles
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2024 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
nazurah replied at 7-2-2024 09:15 AM
bukan ke sheols sudah balik rumah... saing2 pak mentua? tapi kate dok spital lagi lama dr charles
...

Kate tu sakit...operate apa?lama jgk kt spital
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2024 09:25 AM | Show all posts
air dicincang2 letak cendol kacang kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2024 12:07 PM | Show all posts
honeybee1802 replied at 7-2-2024 09:17 AM
Kate tu sakit...operate apa?lama jgk kt spital

abdominal surgery katanya... tatau la apa yang dibelah doktor, iols baca kata complex surgery... major la kut tu pasal lama dok spital, lama jugak nak recover.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2024 12:10 PM | Show all posts
Tak habis2 dengan ramalan.

Hery hanya oleh jadi king kalau semua Prince William dan anak2 mati. Kalau semua mati maknanye tragedi besar la. I rasa rakyat UK lagi rela jadi republik daripada tengok hery naik takhta selepas dah macam2 dia buruk kan rakyat UK dan UK.

Hery setakat jumpa Charles kejap je, lepas tu Charles terus naik heli balik Sandrigham dengan Camilla. Mcam hi hi bye bye je
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2024 12:21 PM | Show all posts
ala ank balik tgk bapak pun nk kecoh
xphm aku drama org kayangan ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2024 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tidak pasti if harry ini boleh jadi king seperti william... Heshe and spouse tiada emotional intelligence... Kerja di startup better up pun hauk saja... Buat duit dengan jual cerita keturunan sendiri... Bukan hater depa but heshe ini bimboy sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2024 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
delia3003 replied at 7-2-2024 12:10 PM
Tak habis2 dengan ramalan.

Hery hanya oleh jadi king kalau semua Prince William dan anak2 mati. Kal ...

Kalo ramalan ni ttiba jadi kenyataan mmg bakalan jadi skandal terbesar dunia la,xyah cakap rakyat uk sekali ngan kita di malaysia ni pon confirm keluar seribu satu konspirasi teori,ntahlah susah nk cakap di akhir zaman ni apa2 leh berlaku,guru besar wat tuntutan palsu la,polis2 merompak menyamun merogol la,ustaz2 bagi statement mengelirukan masyrakat la,macam2 la x tmasuk kes bunuh/sakit/mati yg hari2 masuk berita...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2024 01:36 PM | Show all posts
Bagus la pulang tengok bapak...moga akan berdamai dgn abang sulung suatu hari nanti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.077523 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list