CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45652|Reply: 0

[Kedah] Kejam cara buang kucing!

[Copy link]
Post time 9-2-2024 09:00 PM | Show all posts |Read mode
Kejam cara buang kucing!


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



TANGKAP layar daripada video tular menunjukkan seekor kucing diselamatkan selepas dibuang dalam guni berikat dan diletak dalam tong sampah.




Alor Setar: Membuang kucing dalam guni yang berikat sebelum mencampaknya ke dalam tong sampah.

Itu tindakan tidak berperikemanusiaan pihak tertentu yang dikesan menyeksa haiwan, dengan video penyelamatan kucing itu tular di media sosial.

Ia diselamatkan oleh dua pekerja kontraktor syarikat pembersihan E-idaman Sdn Bhd selepas mendengar bunyi mengiau.

Menurut pekerja terbabit, Aziz Dahlan, 48, kejadian berlaku di Pekan Kuala Nerang pada 9 pagi, semalam ketika dia bersama rakan sekerja bertugas mengangkut sampah.

Katanya, ketika itu dia terdengar bunyi kucing mengiau dan menyangka ada kucing di bawah lori.

"Saya cuba mencari bunyi itu dan menyedari ia sebenarnya dari dalam guni yang berikat dengan tali... di dalam timbunan sampah.

"Saya terus mengambil guni itu dan membukanya, sebelum menyedari ada seekor kucing di dalamnya dan terus melepaskan ia," katanya ketika dihubungi hari ini.

Aziz berkata, dia tidak menyangka video dikongsi di media sosial tular dan kesal apabila ada orang yang sanggup berlaku kejam terhadap haiwan yang tidak berdosa.

Perkongsian video itu mendapat reaksi warganet yang rata-ratanya mengecam tindakan kejam membuang kucing itu.



Disiarkan pada: Februari 9, 2024 @ 8:53pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.061652 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list