CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8928|Reply: 0

[Kedah] Ambil peluang riadah di hutan lipur ketika cuaca panas

[Copy link]
Post time 17-2-2024 03:35 PM | Show all posts |Read mode

Orang ramai tidak melepaskan peluang berkunjung ke Hutan Lipur Bukit Wang untuk berkelah dan mandi ketika cuaca panas ketika ini.- Foto NSTP/Zuliaty Zulkiffli

JITRA: Orang ramai mengambil kesempatan mengunjungi pusat rekreasi untuk berkelah dan mandi-manda berikutan cuaca panas atau fenomena El Nino yang melanda ketika ini.

Tinjauan di Hutan Lipur Bukit Wang di sini mendapati, kawasan itu dipenuhi pengunjung termasuk dari luar daerah ini untuk beriadah selain mandi walaupun keadaan air cetek.

Pengunjung, Abu Bakar Mohd Noor, 57, dari Changlun, berkata dia bersama tiga anaknya dan ahli keluarga lain tidak membuat perancangan untuk ke sini namun apabila tiba di hutan lipur itu, mereka sekeluarga ambil kesempatan untuk mandi dan berkelah.

Katanya, cuaca panas ketika ini menyebabkan air menjadi kering dan semakin cetek.



"Ada juga tempat di kawasan ini yang paras airnya dalam tetapi kini hanya pada paras buku lali.

"Kami datang ke sini sejak jam 10 pagi dan anak cucu saya masih mandi untuk menghilangkan bahang panas," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Pengunjung lain, Sharifah Aminah Syed Ismail, 45, dari Perlis berkata, dia bersama keluarga singgah berkelah di hutan lipur terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke rumah saudara mereka di Alor Setar.

Katanya, cuaca panas yang melanda ketika ini menyebabkan cepat berpeluh dan badan melekit.

"Disebabkan itu kami datang ke sini untuk mandi dulu serta berehat dan makan sebelum meneruskan perjalanan.

"Memang panas sekarang agak luar biasa sehingga rasa tidak selesa," katanya.

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan bilangan lokaliti yang merekodkan status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga meningkat kepada lima daerah di negeri ini semalam berbanding dua hari lalu.

Antara kawasan terbabit adalah Pulau Langkawi, Kota Setar, Yan, Pendang dan Pokok Sena.

Suhu maksimum harian di daerah terbabit adalah antara 35 hingga 37 darjah Celsius dan berlaku sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
https://www.bharian.com.my/berit ... -ketika-cuaca-panas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 12:02 AM GMT+8 , Processed in 0.101510 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list