CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8275|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bentang RUU 355 tindakan yang wajar - Ketua Hakim Syarie

  [Copy link]
Post time 20-2-2024 11:39 AM | Show all posts |Read mode
Bentang RUU 355 tindakan yang wajar - Ketua Hakim Syarie

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
20 Februari 2024 11:08am




Muhamad Abdul Karim




GEORGE TOWN - Tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang akan membincangkan cadangan membentangkan Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 dengan Perdana Menteri adalah tindakan yang wajar.

Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang, Datuk Muhamad Abdul Karim Wahab berkata, pertemuan tersebut diharap akan membuahkan hasil terbaik kepada perkembangan undang-undang syariah di setiap negeri seluruh negara.



"Saya rasa gembira apabila menteri telah menyatakan akan berbincang selanjutnya dengan Perdana Menteri berhubung cadangan tersebut.
"Saya pasti, tentu ada sesuatu yang akan memberi impak besar terhadap perkembangan isu terkini itu," katanya ketika dihubungi pada Selasa.


Sementara itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, adalah perkara biasa bagi seorang menteri merujuk kepada Perdana Menteri terlebih dahulu tentang sesuatu cadangan yang hendak dibentangkan pada Kabinet baru bagi mendapatkan keputusan dasar sebelum dibawa ke Parlimen.


Wan Salim




"Perdana Menteri adalah ketua kerajaan, lantaran itu, pandangan beliau perlu diminta dan diberi pertimbangan oleh semua pihak. Ini termasuk cadangan untuk membentangkan Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

"Inilah antara semangat sistem pemerintahan demokrasi yang menjadi amalan negara sejak merdeka sehingga ke hari ini. Sebenarnya ini juga kaedah yang dianjurkan oleh Islam supaya hubungan di antara kerajaan dan rakyat dapat berjalan dengan baik dan adil," tambah beliau lagi.


Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, sama seperti dalam perancangan sebelum ini, beliau akan membincangkan dengan Perdana Menteri terlebih dahulu mengenai cadangan membentangkan Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

Katanya, setakat ini sedang diadakan adalah sesi libat urus yang dilakukan bahagian undang-undang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Jelas beliau lagi, semua pihak terbabit khususnya di peringkat negeri iaitu Majlis Agama Islam negeri, Mahkamah Syariah negeri dan Jabatan Agama Islam negeri sudah dijemput untuk menghadiri sesi libat urus tersebut.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.050630 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list